Header Ads

AJK UMNO Maut Tercekik Kuih Koci Ketika Bersarapan Dengan Kawan



Lazimnya kita sering dengar orang kata mengenai masalah tercekik tulang ikan tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak. 

Selain rasa perit sampai nak telan air liur pun rasa sakit, malah ada kala boleh membawa maut. 

Namun baru-baru ini, kejadian yang jarang sekali berlaku apabila seorang anggota jawatankuasa Umno Bahagian Mersing dikatakan meninggal dunia akibat tercekik tapi bukan disebabkan tulang tapi sebaliknya adalah kuih koci. 

Memetik laporan Malay Mail Online, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi ketika mangsa dikenali Mohd Samsi Sapan berusia 56 tahun sedang makan bersama 3 rakannya di sebuah kedai di Jalan Nong Chik.

“Samsi tercekik semasa makan kuih itu dan tidak dapat bernafas sejurus selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan."

“Beliau dibawa oleh rakannya ke klinik berdekatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan.

Tegas ACP Shahurinain hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam kematian Samsi yang berasal dari Kulai dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: CARI forum



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.