Header Ads

Bayar RM400, Lelaki Terima Potongan Rambut Stail ‘Mangkuk’




Rambut itu ibarat mahkota bagi setiap orang tidak kira bagi lelaki mahupun wanita. Pasti sedikit sebanyak kita mahu menjaga penampilan kita walaupun ia mungkin agak mahal tetapi jika ia berbaloi apa salahnya kan?

Namun ada juga servis yang mahal namun hasilnya tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan. Bagi kes ini, bukan sahaja pelanggan itu dapat potongan buruk ala mangkuk, malah dia dikenakan caj harga yang sememangnya tidak masuk akal.

Menurut Syibli, dia telah memasuki sebuah salon di Singapura pada 30 Jun dengan harapan tempat itu dapat memberi stail baru pada rambutnya.

Melihat servis yang ditawarkan, dia terus memilih salah satu pakej yang disediakan iaitu pakej ‘potong rambut + rebond + cuci’.

Namun, sebelum pendandan rambut tersebut mula memotong, Syibli sudah memesan bahawa dia inginkan potongan rambut jenis slope tinggi di bahagian belakang kepala.


Apabila pendandan rambut itu telah selesai memotong dan menunjukkan hasilnya, Syibli terus terperanjat melihat stail rambutnya yang baru seakan-akan bentuk mangkuk.

Dia terus menyuarakan pendapatnya pada pendandan rambut tersebut dan memberitahu bukan stail itu yang dimahukan. Namun, pekerja itu tidak mempedulikan komennya malah turut senyum sahaja walaupun rambut pelanggannya kelihatan seperti mangkuk.


Sudahlah buruk, harga yang dikenakan pula membuatkan hatinya bertambah sakit. Salon tersebut telah mengenakan caj sebanyak $118 (RM367) bagi stail rambut sebegitu!

Oleh kerana tidak puas hati, dia telah menceritakan kisah sedihnya di media sosial dan bertanya pendapat orang ramai akan stail rambut barunya itu. Ramai netizen menyokong Syibli dan menghentam salon tersebut kerana memberi servis yang teruk pada pelanggannya.


Kisahnya terus menjadi tular di media sosial sehingga pihak salon tersebut memberi respon terhadap isu itu. Mereka terus menghubungi Syibli dan menawarkan servis potong rambut secara PERCUMA!

Syibli membuat keputusan untuk memberi mereka peluang kedua dan melawati salon tersebut minggu lepas pada 1 Julai. Mereka telah membetulkan semula stail rambutnya menjadi lebih kemas dan menghilangkan bentuk mangkuk itu.


Nasib baik dia offer untuk betulkan balik, kalau tak tak ntah apalah lelaki tu nak buat.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.