Header Ads

Bayi Kacukan Melayu-Rusia, Dhuhaa Sophea Stumbrys Si Comel Paling Hot 2017



Sejak semalam, seorang bayi comel dikenali sebagai Dhuhaa Sophea Stumbrys mula menjadi sebutan di media sosial.

Astro Gempak difahamkan si comel kacukan yang kini berusia 10 bulan itu, merupakan anak seorang wanita melayu berasal dari Malaysia, Siti Safuraa Hamzah, 32, dan Asadullah Stumbrys, 33, lelaki yang berasal dari Russia.

Dhuhaa Sophea dilahirkan pada 29 September 2016 di Stockholm, Sweeden.

Siti Safuraa mula berkongsi foto Dhuhaa Sophea bermula September tahun lalu di akaun Instagramnya @ctsafuraa dan mendapat perhatian netizen sejak awal tahun ini.

Kecomelan Dhuhaa Sofea dengan matanya yang bulat, sama seperti anak patung! Mula-mula ramai yang menyangka ibunya memuat naik foto Dhuhaa yang telah di edit.

Namun, apabila melihat sendiri beberapa buah video yang dimuat naik, ternyata Dhuhaa Sofea memang sangat comel dan layak dinobatkan sebagai Bayi Paling Comel 2017!

Pengikut IG @ctsafuraa kini memiliki 99 ribu pengikut, malah foto-foto Dhuhaa Sofea yang dimuat naik disukai lebih 8 ribu hingga 30 ribu pengikut di akaun sosial tersebut.

Jom kita tengok gelagat Dhuhaa Sofea, si comel yang memiliki bulu mata melentik, hidung mancung dan berkulit putih merah ini:









A post shared by ctsafuraa (@ctsafuraa) on


Sumber: Astro Gempak



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.