Header Ads

Dah Doc Pompuan Seluk, Doc Lelaki Pulak Seluk Lepastu Budak Praktikal Acah² Nak Seluk Jugak!!




Assalamualaikum. Maaf saya hanya nak berkongsi perasaan. Semalam saya ade tanda nak bersalin, saya pegi dekat sebuah hospital ni.

First time pegi sane. Agak terkilan, bila yang cek perut saya pelajar praktikal lelaki, seluk bukaan pelajar praktikal perempuan dan diperhatikan oleh 2 orang pelajar praktikal lelaki. Saya dah beritahu doktor perempuan muslimah yang bertugas time tu, saya tak benarkan.

Tapi, dia cakap “takpe, puan dapat pahala bagi diorang belajar”. Allahu rase macam badan ni patung dipegang sane sini. Saya faham kite tak boleh nak memilih. Tapi, dimana hak kite sebagai pesakit.

Sedangkan islam hanya membenarkan seandai darurat. Sedangkan doktor wanita muslimah itu ade disitu tapi hanya bagi arahan kepada pelajar praktikal. Takpela, mungkin ini dah bahagian saya.

Saya tak kesah kalau yang cek itu seorang doktor lelaki seandai darurat, kalau tiada seorang doktor wanita yang bertugas waktu tu.

Tapi, keadaan saya dicek oleh pelajar praktikal lelaki dan wanita sambil dinilai oleh doktor wanita. Maaf ye, ni sekadar luahan saya. 😔 sampai sekarang dah rase fobia nak pergi hospital.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.