Header Ads

Dua Pelajar Tingkatan 5 Ditahan Rogol Rakan Sekelas




Kinabatangan - Dua pelajar lelaki tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Kota Kinabatangan di sini ditahan polis kerana disyaki merogol rakan sekelas mereka di sebuah pondok di belakang sekolah itu pada 1 April lalu.

Ketua Polis daerah, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, kedua-dua suspek ditahan susulan laporan polis oleh pelajar perempuan tersebut yang dibuat kelmarin selepas gambar mangsa yang dirakam salah seorang suspek ketika dirogol tersebar.

Beliau berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa bersama dua rakan sekelasnya itu berada di sekolah untuk projek keceriaan kelas apabila salah seorang suspek memperdayanya untuk masuk ke sebuah pondok kayu di belakang sekolah atas alasan untuk melakukan perbincangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa telah dipaksa masuk ke dalam pondok tersebut oleh suspek dengan cara menarik tangan mangsa.

“Setelah mangsa masuk ke dalam pondok tersebut dua suspek telah mengunci pintu dan memberi amaran kepada mangsa supaya jangan memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk guru sekolah.

“Mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan ke dua-dua suspek tanpa kerelaan mangsa sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

A. Sahak berkata, mangsa terpaksa merahsiakan perkara itu selama ini kerana risau tentang keselamatan dirinya selepas menerima ancaman daripada suspek yang direman sehingga 13 Julai depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 30 tahun jika sabit kesalahan.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.