Header Ads

Ex Aku Ni Sebijik Macam Dalam Cerita Andai Takdirnya Lakonan Syukri Yahya..




Salam admin

Aku nak luahkan rasa hati yang pelik dan maha pelik dengan apa yang sedang terjadi dalam hidup aku sekarang ni. 

Umur aku muda. Muda tu, 23tahun. Dan aku janda. Janda muda. Aku kahwin umur 19tahun. 
Cukuplah 3 tahun aku cerai. 

Ex aku ni sebijik macam dalam cerita Andai Takdirnya lakonan Syukri Yahya. Tapi aku tak berapa nak sebijik macam Tihah tu. Aku tak tengok sangat cerita tu. Aku tengok 3 episod lepastu aku menangis siang malam trauma. 

Dulu aku kena pukul waktu mengandung. 9 bulan mengandung tu kenyang kena pukul. Aku kerja cikgu. Kadang lepas kena belasah pergi kerja sakit pinggang. Drive kereta nangis nangis istighfar. Minta anak jangan benci bapak dia. Minta anak sayang bapak dia sungguh sungguh. 

Lepas bersalin, dalam pantang aku kena pukul lagi. Aku nekad. Aku berpantang kat rumah mak bapak aku. Aku tak bagi dia datang tengok aku. Aku failkan cerai. 

Aku duduk rumah mertua. Pernah kena pukul depan mertua. Bapak mertua aku selalu backup aku. Pernah kejar laki aku guna parang sebab pukul aku. Mak mertua? Backup laki aku. Dia kata laki aku pukul sebab aku ni degil. Tak tahulah degil celah mana. Ke aku degil panjat panjat sofa macam budak budak? Tak faham. 

Adik beradik ipar aku semua makan kuih talam. Kejap baik. Kejap setan. Rupanya baik dengan aku depan depan. Belakang aku sebakul kutuk aku.

Proses cerai pun berjalan. Ex aku pujuk aku. Minta aku fikirkan anak yang baru lahir. Dia tak sempat manja manja dengan anak. Minta aku fikir macam macam. 

Aku balik rumah mertua. Ingatkan dah baik lah betul. Mertua aku hina aku. Dia sumpah anak aku tu akan duga aku lagi teruk ex aku duga dia. Dia sumpah macam macam. Cakap aku gila meroyan. Cakap aku yang tak betul. Memang aku berangin waktu tu. Aku dalam pantang lagi. 

Bapak mertua aku yang elok je selama ni backup aku, lepas aku minta cerai dia terus ugut aku. Dia kata nak gantung aku tak bertali. 

Ipar duai? Lagi tak payah cakap. Mulut masing masing macam bontot ayam. Menghina. Mengutuk. Pakej. 

Aku melawan waktu ni. Dan aku kalah lah. Weh. Aku sorang. Kat rumah yang ada ex aku mertua aku ipar duai aku. Aku je yang terasing. Kau expect apa?

Nangis nangis aku. Lepastu aku lari rumah. Aku tak bawa anak aku. Dan aku sambung failkan cerai.. 

Dan lagi sekali. Ex aku minta aku fikir. Fikirkan anak.. Aku nampak ex aku ni memang sayang aku. Tapi tulah, kalau korang tengok Andai Takdirnya memang sebijik. Sweet haprak. Tapi belakang orang? Sampai bila aku kata aku kena pukul, orang tak percaya. Orang kata aku yg gila. 

Lagi sekali. Aku makan pujukan. Dengan harapan berubah. Tapi aku minta ex aku carikan rumah sewa. Aku taknak duduk neraka jahanam tu lagi. Dia minta aku masa. Dia minta aku tunggu. 
Setahun jugalah tunggu. Tak ada apa pun. Kat situ jugalah gamaknya kalau sampai sekarang. 

Takde inisiatif nak berubah. Takde inisiatif untuk jaga hati aku. 

Aku makan hati. Adik beradik ipar selalu cari salah aku. 

Dorang kata aku pemalas. Aku masak hari hari untuk ex aku apa benda yang pemalas?

Dorang kata aku tak suka jaga anak. Aku berhenti kerja jadi cikgu yang gaji kepuk kepuk tu untuk jaga anak aku tau. 

Dorang kata aku ada laki lain. Hp aku ni semua benda ex aku tahu. Sampai dah tak ada privasi pun. Kalau ex aku tu yelah kot sebab password dia pun aku tak tahu. 

Sampai sekecil kutu babi jadi point. 

Anak aku dorang angkut kesana sini macam dia takde mak. Takde minta izin dengan aku pun. Takde bagitahu aku nak bawa kemana. Tetiba hilang. Aku ni jadi mak apa rasa? 

Orang bagitahu aku ipar duai burukkan aku kat orang luar sampaikan cerita dalam tudung pun orang luar boleh tahu. 
Aku ni dulu diam. Diam je. Senyum. Tahan. Sabar. 

Tapi makin lama aku makin stress. Makin aku naik hantu. Aku mula perangai jahat. Aku update bukan bukan. Aku perli ex aku. Aku perli ipar duai aku. 

Mak mertua aku kaki drama. Contohnya, belum kena sepak tapi dah jatuh. Itu contohnya. Faham fahamlah sendiri. 

Aku paling benci belum jadi apa apa tetiba mak mertua nangis. Nangis? Pastu adik beradik ipar dgn ex aku salahkan aku. Kata aku ni tak guna. 

Kepala jemb dia lah. Aku usik pun tidak. 

Last last aku tak tahan. Aku file cerai. Pergi matilah semua. Adik beradik ipar pun bukan main syok lagi hasut hasut ex aku. Sampai ex aku banyak kali kata aku ada laki lain. Alahai. Nak ada laki lain.. Aku ni ingat dosa pahala. Aku ingat syurga neraka. 

Padahal yang ada laki lain tu kakak ipar aku sendiri. Tapi kenapa kena cakap aku? Pelik pelik lah. 

Ada satu hari tu adik beradik ipar ni bercakap dgn ex aku. Kata nak carikan ex aku bini baru. Fuhhhh. Memasing suka. Aku gelak jelah. 

Aku ni bini yang ada waktu tu pun kau susah nak bela. Nak bagi nafkah pun skip skip. Nafkah batin? Lagilah alahai kesian. Tak payahlah nak yek yek menyakitkan hati aku waktu tu. Ex aku tu kerja pun malas. Baru kerja sikit dia punya penat macam bancuh simen. Lepastu ponteng kerja. Alahai bosan!
Kalau rasa boleh dapat bini baru yang boleh tahan dan sabar untuk duduk rumah mertua sampai mati, alhamdulillah.

Alhamdulillah sekarang aku dah bebassssss!!!! Dah takde mertua durjana, ipar duai neraka jahanam dan suami tak guna.

Cuma trauma tak hilang lagi. Nak kenal laki pun takut. Cuma aku sekarang busy sambung study. And buay uruskan anak aku. Happy sangat life aku sekarang! 

Cerai tu memang benda yang kita takut. Tapi percayalah. Ada dalam satu satu masa, penceraian tu bahagia.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.