Header Ads

Gambar Dan Video Pasangan Suami Isteri Kantoi Curi Duit Tabung Masjid.




SUAMI isteri ditahan selepas didakwa mencuri wang daripada tabung masjid di Masjid Nurjannah Kariah, Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah, semalam.

Tindakan pasangan itu bagaimanapun dikesan penduduk kampung yang curiga dengan kehadiran mereka di masjid berkenaan pada 6.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 27 dan wanita 31 tahun itu dicekup penduduk kampung yang menyedari kejadian di perkarangan masjid.

"Tindakan suspek lelaki yang dilihat mengubah kedudukan kamera litar tertutup (CCTV) di perkarangan masjid dan memegang pemotong besi menimbulkan rasa curiga seorang penduduk sebelum menghubungi rakannya.

"Terkejut melihat kehadiran penduduk, suspek lelaki cuba meloloskan diri tetapi berlaku pergelutan," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian menjerit meminta isteri untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

"Siasatan lanjut mendapati mangga pengunci tabung masjid dipotong dan wang tunai hasil sumbangan turut tiada.

"Wang tunai berjumlah RM98 dipercayai diambil daripada tabung masjid turut ditemui bersama suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber: Harian Metro



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.