Header Ads

Gara-gara Perokok Dalam Rumah Bayi Ini Terlantar Di Hospital.



Seorang wanita yang dikenali sebagai Rasfioera telah memuat naik gambar serta video anaknya yang berada di wad Hospital Likas kerana mengalami demam panas yang mendadak naik sehingga mencecah ke 40.2 darjah.

Rasfioera telah memuat naik gambar anaknya itu pada Jumaat di Facebook miliknya dengan kapsyen yang memohon kepada rakan-rakan supaya mendoakan anaknya supaya kembali sihat seperti sediakala.

Rasfioera juga meluahkan perasaan supaya anaknya kembali menceriakan harinya kerana dia amat merindui anaknya yang ceria serta berdoa supaya anaknya itu cepat sembuh dari demam panas yang di alaminya itu yang meningkat naik dari suhu 38 ke 40.2 darjah pada hari tersebut.

Rasfioera juga turut berkongsikan penyebab yang mungkin menjadi punca kepada anak kecil di luar sana yang mengalami demam sewaktu musim perayaan ini yang mungkin kita boleh elakkan jika kita tidak mahu melihat anak kecil kita mengalami demam seperti anaknya itu.

Antara salah satu sebabnya adalah kerana perokok yang berada di sekeliling kita ketika bertandang ke rumah kita mahupun kita bertangdang kerumah rakan-rakan serta sanak saudara.

Kalau boleh individu yang merokok ini jauhkanlah diri dari orang yang sedang sakit supaya nanti tak adalah memudaratkan lagi keadaan orang yang sakit itu.

Serta kalau dah tahu diri itu merokok kalau keluar rumah itu cucilah tangan serta mulut lepas merokok dan kalau jumpa bayi atau kanak-kanak memanglah kita rasa dia orang itu comel serta rasa nak cium saja.

Tetapi kalau boleh bagi perokok ini janganlah sesuka hati nak cium anak orang sebab kita tak tahu budak itu ada sakit ke atau ada alahan dengan rokok sebab takut akan membawa kesan yang tidak baik untuk mereka.

Ini tak, kadang-kadang itu kalau jumpa bayi terus nak main cium saja sebab bayi itu comel sangat sampaikan air liur pun lekat dekat pipi bayi itu, kalau boleh elakkanlah kasihan dengan bayi itu kalau jatuh sakit.

Lagi satu kalau kita ini nak keluar rumah itu kalau sebolehnya pakai minyak wangi semerbak sampai 100 m jauhnya boleh bau tapi kalau nak tahu itu pun boleh jadi punca kepada jangkitan kuman kepada bayi sebabnya bukan semua bayi yang boleh terima dengan bau-bauan terbabit.

Ada bayi yang sampai selsema akibat daripada terbau minyak wangi yang terlalu kuat dan bila dah selsema itu tahulah badan dah jadi lembik yang akhirnya semakin teruk boleh menyebabkan bayi berkenaan demam kerana antibodi bayi tak sama dengan kita orang dewasa.

Mengikut Rosfioera juga ada sesetengah ibu bapa yang takut atau kesian dengan anak-anak mereka kalau tengah demam sampaikan sanggup tak mandikan anak-anak malah di balutkan lagi anak-anak itu dengan selimut.

Bagi kaum ibu sedarlah bahawa tindakan anda itu tak betul malah akan sebabkan sawan adalah sebab bila dah balut itu suhu badan akan semakin meningkat dan akhirnya akan menyebabkan sawan kepada anak-anak.

Seeloknya kalau anak-anak demam

tolonglah mandikan anak-anak, banyak kali lagi elok untuk membantu menurunkan suhu bandannya kalau betul kau orang sayang anak dan tak nak anak kena sawan.

Ini merupakan pengalaman saya sendiri, ketika ini anak saya berada di wad akibat daripada salah saya sendiri yang tidak peka dengan keadaan sekeliling anak.

Semua itu saya ambilkan dan kongsi bersama rakan-rakan selepas di beritahu oleh doktor kepada saya.

Pada mulanya saya juga bertanyakan kepada doktor kenapa boleh jadi macam itu kepada anak saya sebab suami saya tidak merokok dalam kawasan rumah kami.

Doktor terbabit memberitahu kepada saya jika tidak merokok dalam kawasan rumah sekalipun misalnya di balkoni atau pun luar pagar kejadian seperti ini tetap boleh berlaku kepada anak kecil yang antibodinya masih tidak lemah.

Jangkitan tersebut bukanlah hanya berpunca dari rokok malah sentuhan pun boleh menyebabkan jangkitan kuman akibat daripada terkena peluh serta tabiat yang tidak mencuci tangan selepas merokok.

Keadaan persekitaran yang penuh dengan orang ketika keluar berjalan-jalan atau bertandang ke rumah dengan pemakanan yang dimakan juga boleh sebabkan jangkitan berlaku.

Tempat yang tidak bersih juga boleh menjadi salah satu yang mendorong embiakan kuman di merata tempat, cuba kamu bayangkan jika kita pergi beraya itu kadang-kadang ada sesetengah orang itu walaupun tidak sihat tetap pergi beraya dan memakan biskut raya.

Datang pula anak kecil kita ini bukannya mengerti apa kalau orang bagi kuih raya terus saja ambil makan, bayangkan kalau orang yang beri itu tengah tidak sihat pasti akan berjangkit bukan.

Selepas mendengar penerangan doktor terbabit baru saya faham dan berharap apa yang saya kongsikan ini akan menjadi pengajaran buat ibu bapa, keluarga serta semua orang di luar sana kongsikanlah kisah saya ini sebagai pengajaran buat semua - Rasfioera Love






Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.