Header Ads

‘Hina Sangat Ke Jadi Orang Kelantan Ni?’



Bila disebut negeri Kelantan, pelbagai persepsi timbul di kalangan rakyat Malaysia. Ada yang positif tapi selalunya lebih ke arah negatif. Perkongsian ini dipetik dari IIUM Confession dimana pengadu melahirkan rasa pelik kenapa ramai orang bertanggapan negatif terhadap mereka yang berasal dari Kelantan.

Ada yang tak suka disebabkan bola sepak tetapi kalau bB makan mesti orang Kelantan yang masak tak gitu? Walau dari negeri mana pun sekali kita berasal, yang penting kita hidup dalam satu negara.

‘Tipikal Orang Tak Suka Kelantan’

Saya bukanlah berasal atau lahir dari Kelantan. Tapi saya mempunyai ramai kenalan dari negeri Che Siti Wan Kembang ini. Maka, saya terpanggil untuk berkongsi rasa hati yang terbuku sejak sekian lama.

Saya rasa tak perlu pun saya hurai panjang mengenai sentimen membenci/taksuka orang Kelantan ni. Anda sendiri pun mesti dah cukup familiar dengan semua ini. Contoh lah..

“Saya cari calon, tapi mak tak bagi kahwin dengan orang Kelantan sebab…”

“Ish tak suka lah orang Kelantan.. mesti kampung perangai ni..”

“Err sorry lah, aku tak nak satu group dengan budak Kelantan tu..”

“Eeeiii pengotornya, ni mesti orang Kelantan ni..”

“Tak suka lah negeri Kelantan, tak maju.. sebab rakyat dia kot..”

Dan banyak lagi lah. Jujur, aku yang bukan orang Kelantan pun selalu rasa tersentap bila dengar orang mengutuk macam ni. Apatah lagi sahabat aku yang memang dari kecil membesar di sana.

Ada yang kata tak mahu in-law orang Kelantan sebab anggap ibu ibu Kelantan kuat membebel, suka cakap kasar, bossy dan sebagainya.

‘Pengotor, Kolot, Kasar’

Dulu, semasa saya bersekolah di sekolah berasrama penuh, rakan sebilik saya ialah orang Pasir Mas. Dia pernah bawa saya balik ke rumahnya masa cuti sekolah. Jujur saya cakap, perasaan dialu-alukan tu sukar digambarkan. Kadang-kadang kalau balik rumah saudara sendiri pun tak dilayan sebegini. Pendek kata, mereka sangat meraikan tetamu. Bila mereka nampak saya suka makan sesuatu makanan, esoknya akan dijamu lagi dengan makanan itu.

Cuti seterusnya, saya ikut pula kawan sekelas, orang Tanah Merah. Pun baik sangat layanannya. Lagi kita rajin bersembang dengan mak dan ayahnya, makin mesra kedua-duanya dengan saya.

Memang lah kamu akan kata, “Eleh…tu satu dua family je.. yang lain belum tentu..”

Well, same goes lah dengan diskriminasi kolot anda yang sewenangnya menuduh orang Kelantan pengotor/kolot/kasar/dll hanya sebab seorang Kelantanese yang pernah anda jumpa.

Dan kenapa nak kata Kelantanese kolot ni? Sebab negeri dia tak ada panggung wayang? Aduhai..itu kan salah satu usaha mereka dalam ber amar makruf nahi munkar. Ke sebab kalau pergi negeri tu semua billboard model dan artisnya bertudung?

‘Muhasabahlah Diri’

Kalau kamu Islam dan ini sebabnya, cuci lah balik hati kamu. Dan muhasabah lah diri. Saya tak perlu kot explain? Atau sebab shopping complex mereka tak sebanyak negeri lain? HAHAHAHAHA. Geli betul hati dengan alasan minda kelas ketiga ni.

Ada yang kata rakyat Kelantan mundur tanpa sedar sangatlah ramai golongan professional yang bekerja di KL tu berasal dari Kelantan. Di universiti tempatan mahupun luar negara, ramai pelajar Kelantan. Tidak boleh dinafikan bukan?

Kalau lihat prestasi dari sudut akademik pun, baik UPSR, PT3 mahupun SPM, Kelantan adalah antara negeri yang mencatat kecemerlangan yang terbaik di Malaysia.

Saya merupakan bekas penuntut universiti tertua di Malaysia yang terletak di KL. Di dalam kelas saya, yang paling hebat berbahasa Inggeris pun orang Kelantan juga. Yang jadi pendebat mewakili universiti pun orang Kelantan juga.

Saya bukanlah nak mengagungkan orang Kelantan. Sebab orang negeri lain pun hebat hebat belaka. Tapi saya nak ajak semua buka mata. Jangan lah ikut sangat mentaliti zaman purba yang diskriminasi orang Kelantan ni. Tak ada sebab pun.

Jangan nilai orang dari mana dia datang, dari bangsa dia, dari agama dia, dari warna kulit dia, dari negara dia. Kita manusia biasa. Taqwa kita pada Allah tu yang jadi pengukur.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.