Header Ads

Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Suami Isteri Nampak Seiras. Kata Orang Itu Juga Petanda Jodoh Kuat Kan??



Biasa orang cakap muka pasangan nampak seakan-akan sama jodoh panjang kan. Walaupun mungkin tidak seratus peratus sama, mungkin seorang kulitnya gelap dan satu lagi cerah, bentuk mukanya yang satu lonjong, yang satu bulat, tetapi namun nampak mirip.

Ada masanya apabila kita menangkap gambar berdua dengan suami atau isteri kita, pasti akan ada yang berkata, “Muka kamu berdua ni dah macam kembar saya tengok!”

Kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan fenomena ini atau tidak faham mengapa ia berlaku.

Menurut seorang ahli psikologi dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, dalam kajiannya telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaru. Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain.

Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?

1. Berkongsi Pengalaman yang Sama

Antara sebab utama mengapa wajah kita seakan-akan wajah isteri atau suami kita adalah kerana kita berkongsi pengalaman yang sama sepanjang menjalani rumah tangga berdua. Termasuklah perkara sedih, gembira, menarik, membosankan, dan pelbagai lagi aspek kehidupan lain – kita melakukan dan menempuhinya bersama dengan pasangan kita.

Secara tidak langsung, perasaan yang kita alami bersama sepanjang tempoh perkahwinan kita itu telah membentuk personaliti, bahasa tubuh, dan keadaan fizikal yang agak serupa.

Malah, pengalaman yang sama kita tempuhi itu juga telah membentuk garis-garis kedutan pada wajah yang serupa seperti pasangan kita – bentuk, panjang, dan di tempat yang sama!

2. Kita Meniru Eksperi Muka Pasangan Tanpa Sedar

Kadangkala, kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan fenomena ini atau tidak faham mengapa ia berlaku. Antara sebab kenapa pasangan berkahwin mempunyai paras rupa yang semakin sama adalah kerana kita terdorong untuk meniru ekspresi muka pasangan kita tanpa disedari.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Robert Zajonc, semakin lama kita menghabiskan masa dengan pasangan kita – setelah bertahun-tahun – semakin cenderung untuk kita meniru ekspresi atau mimik wajah mereka.

Ini kemudiannya mengubah rupa paras kita sedikit demi sedikit sehingga menjadi kelihatan seiras dengan suami atau isteri kita!

3. Pengaruh Komunikasi atau Hubungan Sosial yang Lama

Melalui penemuan ini juga, boleh dirumuskan bahawa rupa paras yang serupa bukan sahaja bergantung kepada genetik atau pewarisan biologi keluarga, malah kepada komunikasi sosial yang berpanjangan.

Untuk mudah faham, kita perasan tak apabila kita melihat bangsa lain, bagi kita, rupa mereka semuanya sama.

Apabila kita melihat mat saleh, kita rasa wanita atau lelaki mereka kelihatan sama sahaja di mata kita. Atau, apabila kita melihat susuk tubuh atau wajah pak arab atau mak arab, sukar untuk kita membezakan antara satu dengan yang lain – mereka kelihatan seiras!

Begitu jugalah dengan fenomena wajah suami dan isteri! Ia adalah akibat hubungan sosial antara suami dan isteri setelah bertahun-tahun bersama.

Memang masuk akal juga jika difikirkan lagi.

Jika ada yang berkata-kata tentang wajah anda yang serupa dengan pasangan, mungkin anda boleh memberikan penerangan di atas kepada mereka.

Sumber: TheAseanParent Malaysia



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.