Header Ads

Inilah Cara Mudah Kecilkan ‘Peha Drumstick’ Dengan Air Rebusan Jintan. Punyalah Luar Biasa Kesannya!




Bahagian atas tubuh langsing tapi bahagian punggung dan kaki hmmm… Nampak tak seimbang. Jika diperhatikan makin ramai wanita sekarang yang mengalami masalah paha dan punggung besar. Seakan sudah menjadi pemandangan biasa pula. Kenapa berlaku pada wanita? Adakah faktor selalu duduk dan tiada senaman? Tidak semestinya, ini dia sebab yang perlu anda fahami.


Pengaruh hormon

Lelaki dan wanita mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian peha dan punggung, mana kala hormon testosteron menyebabkan lemak pada lelaki lebih banyak terkumpul di bahagian perut. Tapi lemak ini pada paha dan pungggung untuk wanita ini sebenarnya penting untuk proses kesuburan dan penyusuan. Sebab itu orang kata wanita punggung besar lebih subur.

Bentuk tubuh

Bentuk tubuh mempengaruhi ukuran peha dan tubuh anda. Wanita dengan bentuk tubuh seperti buah pir akan mempunyai ukuran peha dan punggung lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Anda tidak boleh mengubah bentuk tubuh, Jika anda punya tubuh bentuk pir, anda harus bekerja keras untuk membentuk peha menjadi lebih ramping.

Otot

Punca lain anda punya ukuran paha dan punggung yang besar adalah kerana anda secara semula jadi sudah mempunya otot peha yang besar. Otot paha meski keras dan tidak berlemak tapi tetap dilihat sebagai besar.

Mesti ramai cemburu tengok peha wanita yang sudah ada anak tetapi kecil molek, agaknya macam mana diorang buat, ya? Haaa… kali ini anda boleh menghapuskan peha drumstick tanpa menggunakan produk mahal, petua tradisonal yang dikongsi oleh ‎Norliza Mohd Salleh seorang perunding jamu. Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari.

Jangan lupa catat ukuran peha sado anda sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.

Bahan-bahan:

Jintan Manis -2 sudu besar
Air – 1 liter air

Cara- cara:

Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.
Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.

Ianya boleh juga boleh membantu:

  • Buang angin badan
  • Masalah mulut berbau
  • Kurangkan selera makan
  • Tingkatkan metobolisma
  • Cuci usus
  • Sakit-sakit sendi
  • Kolestrol
  • Tambah darah
  • Gemok air
  • Banyakkan susu badan

Petua ini tidak sesuai untuk perempuan mengandung dan pesakit kronik seperti sakit buah pinggang, diabetes atau darah tinggi. Sila dapatkan nasihat doktor jika anda ingin mencuba petua ini.

Yang sihat walafiat tetapi nak kecilkan peha, selamat mencuba ya!


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.