Header Ads

‘Jika ALLAH Izinkan, Kita Jumpa Semula Ye’ – Abby Abadi



Baru-baru ini kita telah mendapat berita bahawa pelakon wanita, Abby Abadi telah ditimpa satu ujian yang cukup besar buat dirinya di mana bayi dalam kandungannya yang berusia 5 bulan telah meninggal dunia di dalam perut.

Berita ini diketahui daripada akaun Instagram bekas suaminya yang merupakan seorang pelakon, Norman Hakim.

Terkini, menerusi akaun Instagram Abby, dia baru sahaja berkongsi gambar dirinya sedang melawat kubur anaknya yang baru disemadikan beberapa hari yang lalu.

Diruangan kapsyennya pula tertulis,

“#MuhammadFirdausFaizal
Baru berkesempatan melawat tempat persemadian anak Mama/Abah. Semoga tenang di ‘sana’ ye anak. Jika ALLAH izinkan, kita jumpa semula ye ,” tulisnya.

#MuhammadFirdausFaizal 😇 Baru berkesempatan melawat tempat persemadian anak Mama/Abah. Semoga tenang di 'sana' ye anak. Jika ALLAH izinkan, kita jumpa semula ye 😍 . #PeringatanBersama Hadith Nabi saw riwayat Jabir rh : “Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya” (atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulis keatasnya) [hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62, Abu Daud 2/71, al-Nasaai 1/286-284, al-Tirmudzi 2/155, al-hakim 1/370, Ahmad 3/332.339,399 - Dua2 tambahan oleh abu Daud & al-Nasaai, dan yang pertama oleh al-Baihaqi] Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Umumnya (bab jenazah): Ertinya: “Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.” Katanya lagi: Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.” Wallahuallam
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Dengan melihat gambar Abby ini sudah cukup membuatkan perasaan sedih timbul di hati kita, inikan pula dirinya sebagai ibu yang menanggung ujian ini.

Terdapat sebuah lagi gambar yang dikongsikan oleh Abby tiga hari lalu, dia memberitahu nama kepada arwah bayinya ialah Muhammad Firdaus Faizal.

“Baby Boy
“Isnin, 10-7-2017
“Abah terus letak nama #MuhammadFirdausFaizal,” tulisnya.

Di ruangan kapsyen juga Abby berkata antara punca bayi meninggal di dalam perut selain darah tinggi ialah bayinya terbelit dengan tali pusat.

“Antara punca baby mati dalam perut selain darah tinggi, ialah baby tu terbelit tali pusat. Wallahuallam lah, tp ketat betul belitan kt leher dia tadi huhu…sian hero mama. Semoga ALLAH izinkan kita bertemu semula di SyurgaNYA.. Amin ,” tulisnya lagi.

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Semoga Abby dan suami terus tabah menerima dugaan yang menimpa mereka ini.

Sumber: MEDIA HIBURAN



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.