Header Ads

Jika Memandu Kereta Automatik, Jangan Lakukan Tindakan-Tindakan Ini Untuk Pastikan ‘Gearbox’ Tidak Cepat Rosak




Bagi mereka yang sudah biasa memandu dengan kereta manual, sudah pasti mahir menggunakan tiga pedal, dan begitu juga dengan gear, yang mana saling berkait antara satu sama lain.

Namun, buat kereta automatik pula, di mana tidak mempunyai ‘clutch’, dan mudah dari segi pertukaran gear, ia sedikit sebanyak membantu dari segi pemanduan, untuk lebih lancar.

Tapi, sekiranya cara pemanduan atau penggunaan yang salah, pastinya kerosakan akan berlaku, lebih-lebih lagi buat pengguna kereta automatik.

Sekiranya mengalami kerosakan pada ‘gear box’, jangan terkejut bila tengok akan jumlah yang perlu dibayar, kerana kerosakan membaiki atau menukar ‘gear box’ bukanlah sesuatu yang murah.


Untuk itu, pastikan anda gunakan dan jaga ‘gear’ dengan sebaik mungkin, dan elakkan melakukan perkara sebegini, sekiranya menggunakan kereta jenis automatik.

Elakkan perkara berikut sebelum gear anda jahanam

1. Sebelum menukar mode gear pastikan kereta berhenti sepenuhnya.

Contoh,bila anda mengundur,pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum tukar kepada D atau sebaliknya.

2. Gunakan Mode P sebagai brake kereta. 

Contoh, kereta belum berhenti, terus masuk mode P

3. Enjin dalam rpm tinggi masuk gear. 

Contoh, anda rem-rem paddle minyak, terus masuk mode D

Bagi memastikan ‘gear box’ tahan lama, dan berada dalam keadaan yang baik.

Pastikan minyak dan FILTER ditukar, serta diservis mengikut skala yang telah tetapkan.

Tukar gear box bukan harga murah. Elakkan ya sebelum terjadi.

Perkongsian sahabat yang membaiki gearbox. Biasanya bukan kerosakan teknikal TAPI 
SIKAP PEMANDU.

Sumber: Panda Bekki, Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.