Header Ads

'Kami Berjumpa Atas Urusan Produksi' - Afifah Nasir Nafi Dakwaan Isteri Aliff Aziz



KUALA LUMPUR - Dituduh mempunyai hubungan dengan seorang artis lelaki yang sudah berkahwin, adik kepada pelakon Anzalna Nasir, Afifah Nasir, tampil memberikan penjelasan dan menafikan tuduhan isteri kepada artis berkenaan. 

Menurut Afifah, pertemuannya dengan Aliff Aziz di pusat hiburan itu semalam adalah di atas urusan produksi, bukannya seperti yang didakwa oleh isteri Aliff, Bella yang dalam berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka. 

"Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan. 

"Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang ulasan lanjut. 

"Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga," katanya memetik laporan dari Berita Harian. 

Semalam, Aliff Aziz ditahan kerana memukul isterinya di sebuah pusat hiburan selepas didapati bersama dengan seorang wanita, kira-kira jam 4.30 petang semalam. 

Bella dikatakan datang ke pusat hiburan itu untuk mencari suaminya dan berang apabila mendapati suaminya bersama dengan wanita berkenaan lalu mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu.

Artis berkenaan dikatakan berang sebelum mengambil telefon bimbit isterinya dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah mangsa. Kejadian mengakibatkan mangsa luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.

Susulan kejadian itu, pihak produksi memaklumkan bahawa penggamabaran drama lakonan Aliff dan Afifah terpaksa dibatalkan kerana Aliff ditahan polis. 

"Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis. Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan," katanya.

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.