Header Ads

'Kotor, Busuk Dan Meloyakan' - Empat Anak Dara Tinggalkan Hostel Dalam Keadaan Tidak Terurus Selepas Latihan Amali




Tuan rumah mana yang tak pening jika rumah yang disewakan tidak dijaga oleh penyewa malah dibiarkan dalam keadaan yang amat teruk. Terbaru, sebuah rumah teres di Semenyih, Selangor telah dibiarkan bersepah seperti 'tongkang pecah' oleh empat penuntut wanita sejak seminggu lalu. 

Bukan sahaja bersepah, rumah tersebut juga kotor, berbau busuk serta amat meloyakan. Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Azimah berkata, rumah tersebut disediakan secara percuma oleh satu syarikat swasta untuk penuntut dari universiti yang sedang menjalani latihan amali. 

Keadaan rumah itu hanya disedari oleh pihak syarikat ketika menguruskan kemasukan penghuni baru ke hostel berkenaan. Dia amat terkejut apabila barangan dalam rumah serta pakaian dibiarkan bersepah dan tunggang langgang. 

"Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita, dan saya sangka hostel kena rompak, tetapi rupanya rumah memang dibiarkan berselerak.

“Malah sebaik melangkah masuk, kami 'dihidangkan' dengan bau busuk amat meloyakan.

"Apabila diperiksa, rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai,"

“Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan, dan sepatutnya bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turut menyediakan kediaman percuma.

"Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit-sebanyak mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka,"

Menurut Azimah lagi beliau memang tidak menyangka tindakan empat penuntut wanita itu membiarkan keadaan rumah tidak terurus kerana mereka bakal menggenggam segulung ijazah. Tambahnya lagi, pihak syarikatnya masih belum mengeluarkan sebarang tindakan tetapi beliau berharap amanah serta kemudahan yang disediakan kepada para penuntut digunakan dengan berhemah.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.