Header Ads

Lapan Tanda Ini Menunjukkan Buah Pinggang Anda Dalam Bahaya!! Jangan Abaikan..




Buah pinggang adalah antara organ terpenting dalam badan manusia, ia terletak hanya di sebelah bawah tulang rusuk. Fungsi utama buah pinggang adalah untuk menapis 120 ke 150 liter darah setiap hari untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik.

Buah pinggang adalah penting untuk menjaga kestabilan darah, mencegah pembentukan cecair tambahan dan bahan buangan dalam badan. Ia juga berfungsi memastikan kestabilan elektrolit dalam darah untuk kestabilan tekanan darah, menghasilkan sel darah merah, dan memastikan tulang kekal kuat.

Hidup seseorang boleh jadi merbahaya jika buah pinggang rosak. Untuk memastikan kesihatan badan yang baik, sihat dan kuat, adalah penting untuk mengenalpasti tanda-tanda kesihatan buah pinggang sudah merosot.

Simptom yang paling biasa yang menunjukkan buah pinggang yang tidak sihat adalah:


1. Bengkak

Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, ia tidak boleh membuang cecair dalam badan, yang membawa kepada bengkaknya tandan, kaki, betis, buku lali dan muka.

Jika anda mendapati ada kebengkakan yang tidak dijangka, ia mungkin disebabkan oleh kegagalan buah pinggang.



2. Perubahan pada buangan air kencing.

Antara tanda awal kegagalan buah pinggang adalah air kencing.

- susah untuk buang air kecil dan merasakan tekanan semasa buang air
- urin berwarna gelap, sedikit dan jarang buang air
- urin berwarna pucat, amaun yang banyak dan kerap buang air
- urin berbuih dan berbusa
- buang air di tengah-tengah malam


3. Ruam pada kulit 

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, ia tidak mampu untuk membuang bahan buangan dari dalam darah. yang mana ini akan menyebabkan ruam yang teruk pada kulit dan kegatalan yang teruk.

Disebabkan bahan toksin atau bahan buangan berkisar dalam darah, kulit menjadi kering dan iritasi.
Krim mungkin dapat membantu dari luar kulit, tapi masih tidak menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan buah pinggang jika buah pinggang itu telah rosak.

4. Keletihan

Semasa buah pinggang sihat, sejenis hormon yang dipanggil EPO atau erythropoietin akan dihasilkan. Hormon ini bertanggungjawab dalam penghasilan sel darah merah untuk membawa oksigen. Apabila buah pinggan telah rosak, akibatnya hanya sedikit sel darah merah yang membawa oksigen, dan ia menyebabkan otak menjadi cepat penat dan keletihan.


5. Nafas pendek

Kerosakan buah pinggang juga boleh menyebabkan pernafasan yang pendek, atau tidak cukup nafas, kerana badan kekurangan oksigen.

Kesemua ini mungkin disebabkan oleh kurangnya oksigen yang dibawa oleh sel darah merah, juga mungkin disebabkan oleh keterlebihan cecair dalam paru-paru.

6. Rasa metalik dalam mulut

Apabila bahan kumuh berkisar dalam kitaran darah, ia mungkin satu simptom kerosakan buah pinggang, seterusnya ia menyebabkan hilang selera makan atau perubahan dalam selera makan.


7. Rasa Sakit

Kerosakan buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit di belakang badan atau di sebelah tepi. Leboh-lebih lagi apabila ada jangkitan pada buah pinggang atau ada batu karang dalam buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang teramat dan kejang-kejang.

8. Masalah dalam tumpuan dan rasa pening

Sekiranya buah pinggang telah rosak, oksigen yang dibawa ke otak berkemungkinan akan berkurangan. seterusnya ia akan menyebabkan masalah dalam konsentrasi serta rasa pening.

Lapan tanda ini hanyalah sebagai panduan kita bersama. Apa-apa masalah kesihatan, sila lah berjumpa doktor untuk pemeriksaan..

Sumber: Nakbebel


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.