Header Ads

Lelaki Jelita Ingin Cari Jodoh Tular Di Media Sosial



Selepas lelaki kacak macam Shah Rukh Khan tular kerana ingin mencari jodoh di laman sosial, kini giliran lelaki ini pula mencuba nasib untuk mencari pasangan hidup di media sosial.

Menurut laporan mStar Online, lelaki yang dikenali sebagai Ervan Rizuan itu seorang personaliti media sosial yang terkenal dengan pelbagai video parodinya.

Ervan Rizuan memuat naik status berkenaan di Facebook dan Instagram miliknya pada petang Isnin dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi posting berkenaan, Ervan Rizuan memaklumkan bahawa dia berbuat demikian bagi memenuhi permintaan ibu bapanya yang mahu melihat dia mendirikan rumah tangga.

Personaliti yang baru berusia 22 tahun itu bukan sekadar 'tin kosong' kerana turut mendedahkan tentang kedudukan kewangannya yang stabil untuk melamar bakal isteri yang berminat menjadi suri hatinya.

Lebih menarik, usahawan yang merupakan pengasas bersama jenama pakaian dan produk kecantikan dengan rakan niaganya, Fares Chong, 22, mencari jodoh secara serentak pada posting (gambar) tersebut.

"Senang cerita kami sedang mencari bakal isteri, mana tahu jumpa jodoh di sini. Mak ayah duk sibuk tanya je.

"Ciri-ciri bakal isteri tu tak kisah macam mana, umur berapa tapi kalau boleh yang minat business (perniagaan) juga.

"Tak belajar tinggi tak apa asalkan rajin, pandai jaga suami," katanya.

Bagaimanapun, niat baik mereka menerima kecaman netizen kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua usahawan itu mendedahkan tentang pendapatan dan harta yang dimiliki.

Pemilik Facebook, Nur Ikhmal berkata: "Duit banyak cari bini (isteri) macam tarik customer (pelanggan). Nak umum gaji empat angka lah, nampak sangat yang try (cuba) kau semua ni kaki kikis."

Manakala Dila Fadzrey pula berkata: "Nak cari bini macam cari staff (pekerja). Harap-harap kau tak dapat gold digger (pisau cukur) la.

"Rupa ada duit ada, tapi tu lah, tak kena cara. 90 peratus makwe (wanita) yang offer (tawar) diri tu daripada kalangan materialistik," ujarnya.

Sebelum ini, pernah tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook dengan nama Taufik Khairuddin sedang mencari jodoh buat abangnya, Eddy Khairuddin.

Taufik turut menyertakan beberapa gambar abangnya yang dikatakan kacak seperti bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan. 






Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.