Header Ads

Lelaki Muslim Berkahwin Sesama Jenis Menjadikan Pasangan Gay Muslim Pertama Bernikah Di England




Setelah selama dua tahun menjalinkan hubungan cinta, sepasang kekasih yang dipercayai orang Muslim di England telah melangsungkan pernikahan mereka yang diklasifikasikan sebagai perkahwinan pertama bagi pasangan gay Muslim di negara berkenaan.

Pasang terbabit dikenali sebagai Sean Rogen, 19, sebagai suami manakala Jahed Choudury, 24 tahun telah berjaya dinikahkan di Pejabat Pendaftaran Wallsal dengan memakai pakaian tradisional.

Menurut sumber, sebelum perkenalan dan pertemuan kedua-dua pasangan ini, Jahed dikatakan sememangnya amat menyenangi serta menyukai kaum sejenisnya dan turut mendapat tentangan hebat dari ahli keluarganya malah sering diejek oleh rakan-rakannya kerana nalurinya menyukai kaum lelaki.

Dek kerana ingin mengelakkan Jahed daripada terus terpesong dengan ajaran agamanya dan tidak mahu beliau terjebak dengan kegiatan yang ditentang agama itu, keluarganya telah menghantar Jahed ke Mekah dengan harapan dia akan kembali ke pangkal jalan serta pulang semua kepada ahli keluarganya, namun usaha keluarganya itu dikatakan gagal dan tidak mengubah apa-apa pun pada Jahed.


Difahamkan, Jahed turut mengambil bahan terlarang untuk menamatkan hidupnya dengan segera apabila begitu tertekan dengan tentangan serta kutukan keluarganya tetapi niatnya itu bersifat sementara sahaja.

Malah, rakan-rakannya semasa beliau belajar di sekolah tinggi dikatakan sering menganggunya serta turut melakukan serangan psikologi ke atas diri Jahed sehinggakan ada yang tergamak meludahnya serta memanggil Jahed sebagai 'babi'.

Walau bagaimanapun, Jahed telah membuat keputusan yang amat mengejutkan malah beliau dikatakan ingin membuktikan kepada semua orang di dunia bahawa seseorang Muslim itu yang menyukai lelaki atau GAY mampu untuk berkahwin dengan sesama lelaki atau perkahwinan sesama jenis.

Perkahwinan gay Muslim yang pertama ini telah jadi tular di laman sosial Facebook di seluruh dunia dan rata-rata netizen yang beragama Islam dikatakan telah mengecam tindakan Jahed.

Sumber: Koleksi Viral


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.