Header Ads

Mahkamah Rayuan : Anak Yang Dikandung Luar Nikah Boleh Dibinkan Kepada Bapa



Mahkamah Rayuan hari ini telah memutuskan, mana-mana anak yang dikandung semasa luar nikah, boleh dibinkan kepada nama bapa mereka. Ia sekaligus memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Abdul Rahman Sebli, menulis penghakiman sebulat suara dengan menegaskan bahawa bidangkuasa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara terletak di bawah bidangkuasa sivil dan tertakluk hanya untuk menentukan sama ada si bapa telah memenuhi syarat Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian.

Malaysiakini hari ini melaporkan, bahawa keputusan kes ini dibuat berikutan rayuan yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dilahirkan selepas 5 bulan 24 hari (atau 5 bulan 27 hari mengikut kalendar Qamariah) selepas ibu bapanya bernikah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah tersebut telah memutuskan seperti berikut:

a. Anak Tak Sah Taraf ialah: 1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Kontroversi timbul apabila negeri Perlis, mewartakan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, pada 17 Januari 2013, “Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”

Sumber: Menara.my



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.