Header Ads

"Orang Dulu Susah Nak Bercerai..." - Pesanan Makcik Ini Buat Ramai Pasangan Sentap




Perkongsian oleh Muhammad Ahmad ketika dia bertemu seorang makcik di hospital. Pesanan makcik yang diterima olehnya mengenai hubungan rumahtangga amat wajar dijadikan pengajaran kepada semua. 

2 hari ini saya melawat saudara di hospital. Jumpa seorang makcik,senyum sentiasa. 

Nampak seolah olah sudah biasa bertandang di hospital. Tegur saya.

"Pakcik sakit apa makcik? "

"Pakcik macam-macam sakit,masalah jantung,darah tinggi,kencing manis. Lepas raya pakcik makan tidak pantang. 2 hari lepas pakcik makan buah mangga banyak terus gula naik, itu yang kena tahan wad.

Kaki pakcik pun dah kena potong,sekarang kerja pun dah tak boleh,telinga pun tak berapa nak dengar sebab pernah kena stroke. Alhamdulillah anak-anak ada membantu. Pakcik juga dapat bantuan dari kerajaan. Bagus juga zaman DS najib walaupun bermacam harga barang naik."

Sambung menyambung macam guruh di langit makcik bercakap. 

"Saya tengok makcik macam sudah terbiasa datang hospital ya?"

"Dah hampir 10 tahun nak makcik ulang alik masuk wad jaga pakcik. Pernah 3 bulan berturut-turut jaga pakcik sebab kaki kena potong"

"Pasti makcik penatkan,yelah bukan selesa sangat tidur di hospital"

"Nak.. inilah kehidupan,ini adat berumah tangga kita perlu penat untuk pasangan,dulu pakcik berpuluh tahun penat cari rezeki untuk kami anak beranak,siang malam cari rezeki,siang malam tidak lupa didik kami sekeluarga kenal tuhan.

Makcik tengok sekarang ramai orang bercerai,makcik rasa puncanya salah seorang dari mereka tidak sanggup hidup susah,tidak sanggup korban jaga hati pasangan. 

Orang dulu susah nak bercerai sebab pandai jaga hati pasangan,tidak cerita hal rumah tangga kepada jiran, pandai hargai pasangan. Orang sekarang kena marah dengan laki sikit pun dah call orang tua di kampung mengadu, makcik dulu tidak. 

Kalau pakcik marah,makcik cepat-cepat cari apa kesalahan makcik, begitu juga pakcik. Kalau kena bebel dengan makcik,diam je pakcik kau ni. Nanti besok macam-macam minta makcik masak,katanya rindu nak makan masakan special makcik. 

Orang dulu pandai pujuk pasangan. Berperang tu biasalah bukan tidak ada yang bercerai. Mana ada rumah tangga aman 24 jam. Berperang tu tanda Allah menguji hati kita. Jika hati kita tidak betul,maka tidak betullah cara kita selesaikan masalah. 

Itu baru dengan pasangan,belum lagi diuji dengan anak-anak. Nanti anak awak sudah dewasa(perbualan awal kami, panjang kisah saya cerita tentang anak). Awak akan faham erti kehidupan rumah tangga. Nak kena jaga hati pasangan itu satu hal, nak kena didik anak-anak ini tidak boleh terlepas pandang. 

Lebih-lebih lagi zaman sekarang,bermacam masalah. Zaman dulu mana ada orang minum kopi tengah malam,zaman sekarang 2-3 pagi masih di kedai kopi. Itu sebab remaja balik rumah suka lawan cakap mak ayah,sebab mereka terpengaruh dengan budaya luar. 

Saya diam membisu. Betullah memang makcik ini suka membebel. Tapi banyak dapat saya pelajari. Mulut asyik nak bercakap jer. 

Paling sentap makcik cakap:

"Makcik dulu bergambar ada adab. Mana ada cium peluk. Orang sekarang waktu bergambar bukan main lagi cium peluk,masuk fisbuk,masuk grup, tapi diluar sana depan orang ramai pun bergaduh. Makcik tau lah,anak makcik ada fisbuk". 

Masuk kereta saya ulang cerita yang sama kepada isteri. Betullah, orang dulu bahagianya tidak nampak jauh sekali masalah. Semuanya diselesaikan dengan cara yang baik. Matlamatnya satu. 

'Sehidup semati hingga ke syurga'

-EncikMatt- 

Sumber: The Alternatif



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.