Header Ads

Paip pecah di Losong, Terengganu..15,000 pengguna dijangka mengalami gangguan air



Kuala Terengganu – Beberapa kawasan di sini dijangka mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 10 pagi sehingga 5 petang ini ekoran paip air pecah di Loji Rawatan Air Losong, di sini hari ini.

Menurut satu kenyataan, kawasan yang terjejas termasuklah Losong, Paloh, Pulau Rusa, Durian Burung, Pulau Musang, dan Sungai Rengas melibatkan sebanyak 15,000 akaun pengguna.



Dalam kejadian jam 7.00 pagi itu, paip jenis asbestos cement itu dikatakan pecah sehingga turut menyebabkan air melimpah ke jalan raya.

Operasi pembaikan kini sedang dijalankan oleh pihak Syarikat Air Terengganu (SATU).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi SATU Careline di talian 1-300-882-111.

Sumber: Terengganu Times



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.