Header Ads

Pelakon Rugi RM60,000 Dirompak Pembantu Rumah



PELAKON Nadia Mustafar mengatakan dia kerugian hampir RM60,000 akibat dilarikan pembantu rumahnya.

Kejadian itu disedari pelakon tersebut selepas dia dan keluarganya kembali dari bercuti raya di Thailand semalam.

“Pembantu rumah ini saya dapat melalui ejen, tetapi sekadar gantian sahaja. Ikutkan dia hanya seminggu bekerja dengan saya. Namun memandangkan kami sudah merancang percutian sepanjang hari raya, jadi dia terpaksa saya tinggalkan di rumah.

“Ikutkan hati memang tidak sedap, saya ambil juga langkah berjaga-jaga termasuk mengunci semua pintu bilik. Namun melihat keadaan rumah yang berselerak dan pintu yang diumpil, saya yakin dia tidak melakukannya seorang diri,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.


GAMBAR PEMBANTU RUMAH NADIA.

Susulan kejadian itu, Nadia sudah membuat laporan polis dan aktres ini turut mendedahkan ini merupakan kali kedua dia berhadapan situasi dirompak pembantu rumah.

“Saya memang banyak pengalaman dalam soal pembantu rumah ini. Ini juga merupakan kali kedua rumah saya dirompak mereka.Sebelum ini ada yang lari rumah.

“Soal fobia mengambil pembantu rumah memang ada, tetapi saya tidak nafikan masih memerlukan perkhidmatan mereka. Cuma selepas ini harapnya dapat yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Sebelum ini pengasas produk kecantikan, Datuk Aliff Syukri turut berhadapan dengan insiden yang sama apabila tiga orang pembantu rumahnya melarikan diri selepas mencuri wang tunai dan barangan berharga usahawan terbabit di kediamannya.

Namun, ketiga-tiga pembantu rumah itu sudah berjaya ditangkap pihak polis selepas Aliff mewar-warkan insiden itu di laman sosial sehingga membawa kepada penangkapan tersebut. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.