Header Ads

Pemilik Anjing Ini Terkejut Apabila Anjing Miliknya Melahirkan Anak Berwarna Hijau..




LOUISE Sutherland adalah pemilik seekor anjing bernama Rio, yang berusia tiga tahun.

Namun baru-baru ini, Rio telah melahirkan sembilan anak dan anehnya salah satu anak anjing yang dilahirkan itu mempunyai bulu berwarna hijau.

Keadaan ini menyebabkan Sutherland tertanya-tanya punca yang mengakibatkan anjing berkenaan berwarna sedemikian rupa sedangkan anak anjing yang lain berwarna keemasan seperti ibunya,

Rupa-rupanya ia disebabkan oleh pigmen `hijau’ yang dipanggil billiverdin yang terdapat pada plasenta anjing.



Keadaan luar biasa ini dikatakan hanya berlaku tiga kali di dunia.

Disebabkan warna anak anjing itu hijau, maka Sutherland yang berasal dari Golspie di Scottish Highlands, telah menamakannya `Forest’ sesuai dengan warnanya.

Semua anak anjing itu diletakkan di dalam satu tempat namun Forest lebih istimewa dan ia dipelihara sendiri oleh Sutherland di dalam rumah.


Sumber: MYNEWSHUB.CC


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.