Header Ads

Rapat Dengan Jejaka "A". Fathia Latiff Rancang Nikah Hujung Tahun Ini?



Pernah mengakui sedang mengenali hati budi jejaka yang mahu diperkenalkan sebagai A, Fathia Latiff dikhabarkan kini sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga pula. Bagaimanapun tarikh pasti untuk hari bahagia berkenaan masih belum ditetapkan tetapi katanya mungkin hujung tahun ini.

“Fathia pernah memberitahu, dia semakin rapat dengan jejaka yang hanya diperkenalkan sebagai A yang dikenalinya sejak menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sudah saling mengenali sejak enam tahun lalu, khabarnya hubungan cinta mereka sudah berputik beberapa bulan lalu”

“Sumber memberitahu Raja, Fathia dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 20-an itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Namun, tarikh masih belum ditetapkan lagi. Mungkin Oktober, November atau Disember. Maknanya hujung tahunlah”

“Raja dengar keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah lama saling mengenali. Keluarga Fathia dan A adalah kenalan lama. Mereka mula berkawan apabila Fathia dan keluarganya menghadiri majlis perkahwinan saudara rapat A, beberapa tahun lalu,’ jelasnya menerusi ruangan Berita Harian Online.

Pun begitu setakat ini Fathia masih belum memberikan komen mengenai gosip yang tersebar ini. Jika benar, baguslah kerana Fathia juga sudah lama membujang tanpa sebarang gosip cinta sejak berpisah dengan Aiman Hakim. Semoga doanya di Mekah untuk berkahwin termakbul.

Sumber: ROTIKAYA



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.