Header Ads

Siapa Sangka, Air Liur Itu Ubat Awet Muda




Kebiasaannya perempuan mahu agara sentiasa nampak muda dari usia sebenar. Disebabkan itu juga, malah ramai yang sanggup berhabiskan ribuan ringgit demi menjaga penampilan diri.

Tetapi, sebenarnya ada cara paling mudah jimat untuk kelihatan muda yang telah dikongsi oleh Dr. Zubaidi Haji Ahmad menerusi laman Facebook.

Baru-baru ini saya terbaca mengenai salah seorang bekas Presiden Seokarno, Hartini yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Antara amalan sepanjang hayatnya ialah minum air putih selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.

Nampaknya amalam ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang saya ingin sentuh disini ialah aspek Sains amalan ini.

Apa khasiat minum air diwaktu pagi sebelum mulut dicuci? Didalam badan kita ada suatu molekul yang tersangat penting untuk kesihatan iaitu Nitric Oxide (NO).

KUASA AIR LIUR

NO bertindak mengawal tekakan darah sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatory dan banyak lagi peranan penting.

Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta memberikan NO kepada kita, makhluknya. Salah satu cara ialah dengan bakteria-bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita menghasilkan NO secara semula jadi terutamanya ketika kita tidur.

NO yang terhasil itu terkumpul di dalam air liur semasa tidur. Jika kita bangun dan minum air kosong, NO didalam air liur dibawa ke dalam perut yang kosong dan diserap dalam peredaran darah. NO sangat penting untuk kesihatan jantung terutamanya.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.