Header Ads

Suami Potong Jari Isteri Kerana Tidak Minta Izin Sambung Belajar




Gara-gara cemburu, seorang lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana memotong jari isterinya yang menyambung pelajaran tanpa meminta izin.

Rafiqul Islam, 30, pada mulanya menutup mata dan mulut isterinya, Hawa Akhter, 21, konon-kononnya mahu memberikan kejutan.

Sebaliknya, Rafiqul bertindak kejam apabila memotong kelima-lima jari tangan isterinya dan membuang jari itu ke dalam tong sampah.

"Apabila pulang Bangladesh, katanya mahu memberikan saya hadiah. Malangnya dia memotong semua jari saya," kata Hawa kepada Daily Mail.

Tidak cukup dengan seksaan itu, dia mengugut isterinya untuk berhenti belajar jika enggan nyawanya melayang.

Ketua Polis Dhaka, Mohammed Saluddin mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan suspek telah mengaku bersalah.

"Cemburu itu disebabkan suaminya hanya belajar sehingga sekolah menengah sahaja manakala isterinya mampu sambung belajar hingga ijazah sarjana muda," kata Saluddin.

Hawa kini sedang belajar menulis menggunakan tangan kirinya dan akan terus menyambung pengajian.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.