Header Ads

Susunan Kerusi Semasa Akad Nikah Seperti Dalam Gereja, Netizen Pula Yang SIbuk Bertikam Lidah




Perkahwinan adalah suatu perkara paling indah buat pasangan lelaki dan perempuan dan kebiasaannya semua bakal pengantin akan membuat persiapan dan memilih tema untuk majlis perkahwinan mereka. 

Ada pasangan pengantin lebih gemar memilih konsep tradisional dan ada pula yang sukakan konsep yang lebih moden dan kontemporari. Ianya terpulang kepada citarasa pengantin tersebut mahupun bajet yang diperuntukkan. 

Terbaru, disebabkan mahukan sesuatu kelainan dan unik, majlis akad nikah bagi sepasang pengantin Melayu ini menjadi kecaman di laman media sosial terutama di Twitter kerana dikatakan mempunyai persamaan suasana di dalam gereja. 

Gambar yang dimuat naik oleh sepupu pasangan ini di Twitter mendapat perhatian netizen dengan lebih 15 ribu retweets setakat ini.Kapsyennya berbunyi, "Whoever designed the akad for my cousin, hit me up."


Mungkin kenapa gambar tersebut menjadi viral adalah kerana susunan kerusi dalam gambar tersebut menyerupai ciri-ciri perkahwinan seperti di barat. Malah netizen mendakwa ianya menyerupai susunan di dalam gereja. 

Sejurus gambar tersebut menjadi viral sehingga mendapat lebih 15 ribu retweet, seperti biasa ianya mengundang kecaman dari netizen. Namun ada juga yang mempertahankan rekaan seperti ini dengan mengatakan kaum Melayu memang cepat melatah serta berfikiran sempit.

Adakah susunan rekaan seperti ini sememangnya menyerupai gereja? Anda nilailah sendiri.






Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.