Header Ads

Tahap Gaji Di Malaysia Masih Rendah Dan Tak Mencukupi Dengan Kenaikan Harga Barangan!!




Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Pekerj-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs), Datuk Azih Muda, bahawa penjawat awam di Malaysia memiliki hutang RM880 juta dan berdepan risiko untuk muflis.

Hal ini sangat membimbangkan berikutan kenaikan gaji dan peningkatan harga barangan tidak seiring sehingga tidak mampu untuk menangani kos sara hidup.

Di kawasan bandar terutamanya, nilai gaji menjadi rendah akibat kuasa beli yang berkurangan berikutan peningkatan harga barangan keperluan, kos pengangkutan yang tinggi dengan kadar sewaan rumah lagi.

Kenaikan gaji yang tidak setara dikenalpasti menjadi faktor penyumbang utama peningkatan kos sara hidup. Oleh itu satu cara mudah untuk membiayai kos sara hidup ini ialah dengan berhutang.

Berhutang untuk pembiayaan rumah, kenderaan (kereta atau motosikal) adalah hutang asas di mana hampir kesemua penjawat awam terpaksa memikul beban pembelanjaan bayaran balik bulanan. Dengan kenaikan gaji yang tidak setara dengan kenaikan kos sara hidup ini penjawat terdedah kepada tabiat yang tidak sihat seperti penggunaan kredit kad tanpa kawalan, berhutang dengan koperasi, pinjaman peribadi bank dan yang lebih teruk lagi 'berhutang dengan ah long' yang akhirnya membawa kepada risiko muflis.

Kerajaan Umno BN menyedari hakikat kos sara hidup yang tinggi ini antaranya akibat GST, sungguhpun, menterinya Datuk Ahmad Maslan menafikan GST akan menaikkan harga barang. Oleh kerana itulah Ahmad Maslan mencadangkan rakyat membuat dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan akibat kos sara hidup yang tinggi ini.

Kenaikan kos sara hidup perlu seiring dengan kenaikan gaji dalam membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Malaysia sepatutnya boleh menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada pekerjanya, namun dek terpalit dengan pelbagai isu seperti 1MDB contohnya, telah menyebabkan kecurian khazanah negara berbilion ringgit banyaknya.

Dengan 90 peratus pendapatan isi rumah di negara Malaysia bersumberkan gaji dan hasil perniagaan peribadi, persekitaran ekonomi yang semakin mencabar dan tatakelola buruk Umno BN akhirnya memangsakan golongan pekerja.

Masalah tekanan atau desakan hidup akibat gaji rendah ini sudah tentu akan mendedahkan penjawat awam kepada perbuatan jenayah seperti gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, masalah sosial dan keruntuhan keharmonian institusi keluarga dan komuniti.

Sumber: Malaysiakini



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.