Header Ads

Terharu!! Jururawat Warga Israel Ini Sanggup Menyusukan Bayi Warga Palestin Kerana Ibu Bayi Tersebut Tercedera Dan Tidak Berupaya Untuk Menyusukan Anaknya.



Seorang ibu warga Palestin yang tercedera tidak berupaya untuk menyusukan anaknya. Kemudian hadir seorang jururawat wanita Israel membantunya.

Konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel dalam perebutan tanah dan kawasan seakan tidak akan pernah berakhir walaupun perbalahan itu sudah lama terjadi.

Kedua-dua negara cuba menuntut tanah yang dikatakan milik mereka masing-masing. Sehingga kini, peperangan dan pembunuhan dilihat sebagai langkah dalam menyelesaikan konflik tersebut.

Disebabkan konflik yang berlaku, rakyat Palestin dan Israel hidup dalam keadaan saling bermusuhan. Walau bagaimanapun, ada antara mereka yang tidak melihat perkara tersebut sebagai satu isu untuk saling membenci.

Seorang jururawat di Jerusalem telah membuktikan bahawa nilai kemanusiaan memenangi segalanya. Dia menunjukkan bahawa para ibu perlu berdiri bersama, tidak kira bangsa dan negara asal mereka.

Pada tarikh 2 Jun 2017, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang bapa warga Palestin mengalami kemalangan dengan sebuah trak bersenjata di Jerusalem.

Kereta tersebut membawa seorang perempuan iaitu isteri pemandu serta seorang bayi bernama Yaman yang berusia sembilan bulan. Bapa Yaman terbunuh dalam kejadian kemalangan tersebut manakala ibunya mengalami masalah kecederaan kepala yang serius.

Mangsa kemalangan tersebut dibawakan ke Hospital Hadassah Ein Kerem di mana ibunya berdepan dengan kecederaan yang serius. Yaman juga mengalami kecederaan ringan, tetapi masalah terbesar bagi Yaman ialah dia masih menyusu badan. Susu ibunya adalah satu-satunya sumber makanan baginya.

Apabila seorang jururawat wanita berbangsa Israel, Ula Ostrowski-Zak memulakan shiftnya, Yaman masih menangis kerana kelaparan di bilik kecemasan sudah lebih 7 jam. Tiada siapa yang boleh menyusukan beliau menggunakan botol.

Makcik Yaman bertanyakan kepada Jururawat Ula jika dia boleh mencarikan sesiapa yang boleh menyusukan Yaman. Memandangkan Ula seorang ibu yang masih menyusukan bayinya, jawapannya sudah jelas.

Sepanjang tempoh shift kerja beliau, dia sudah menyusukan bayi tersebut sebanyak lima kali. Ula memberitahu Ynetnews bahawa makciknya sangat berterima kasih dengan tindakannya.

Makcik Yaman sangat terkejut dan memberitahu bahawa tiada wanita Israel yang sanggup untuk menyusukan bayi Palestin yang tidak mereka kenali.

Ula juga membantu mencari mereka yang sukarela untuk menyusukan Yaman selepas waktu kerjanya tamat.

Selepas Ula meminta bantuan untuk menyusukan Yaman di laman kumpulan Facebook La Leche League,dia menerima lebih seribu maklum balas dari golongan wanita yang sukarela mahu membantu dan memastikan Yaman mendapat makanan dan tidak berada dalam keadaan lapar.

“Makciknya (Makcik Yaman) terkejut kerana seorang warga Israel sanggup dan rela untuk menyusukan dia (Yaman), tetapi saya memberitahu dia bahawa setiap ibu sanggup melakukan perkara tersebut,” Ula memberitahu Ynetnews.

Perang mungkin sedang rancak berlaku dan politik mungkin kotor, tetapi kisah ini menjadi contoh mengenai kasih sayang yang dikongsi bersama oleh setiap ibu. Nilai kemanusiaan dan cinta tanpa batasan mengatasi segalanya.


Kredit: Era Baru



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.