Header Ads

Wanita Berniqab Ini Menaiki Kereta Api Di England. Apa Yg Wanita Ini Dapat Buat Dia TERSENYUM !




Persepsi masyarakat terhadap wanita berniqab adalah berbeza. Ada yang memandang serong dan ada juga yang senang dengan penampilan mereka ini.

Sekiranya anda nekad untuk berniqab, anda perlu kuat menghadapi segala pandangan masyarakat. Tidak kira positif mahupun negatif.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Umm Abdullah merupakan seorang wanita berniqab dan sedang dalam perjalanan ke satu tempat di England menaiki kereta api.

Beliau telah mendapat satu nota dari orang yang tidak dikenali. isi kandungan nota tersebut ternyata membuatkan beliau terkejut.

Seorang wanita duduk di hadapannya dan mengelak daripada melakukan eye contact dengan Umm Abdullah.

“Jadi, ada seorang wanita yang duduk bertentangan dengan saya. Saya dapat melihat daripada ekor mata saya yang dia memandang saya untuk seketika. Setiap kali saya memandang dan cuba untuk memberi senyuman kepadanya, dia cepat-cepat memandang ke arah lain. Ia agak lucu kerana dia tidak begitu pandai untuk menyembunyikannya.”

Kemudian, kereta api berhenti dan wanita tersebut turun. Sebelum dia turun, dia telah memberikan satu nota berlipat kepada Umm Abdullah.

“Saya fikir wanita tersebut sudah tiba di lokasinya apabila dia mula mengambil beg dan berdiri. Saya agak terkejut bila dia pergi ke arah saya dan menyelit satu nota yang berlipat di dalam tangan saya.“

Umm Abdullah tidak tahu apa yang mahu diharapkannya, bagaimana jika wanita itu memberikan komen yang tidak enak?

Umm Abdullah kemudiannya membuka nota tersebut dan melihat isi kandungannya.


“You look beautiful in you veil just like the full moon in the sky” – Alice XXX

Subhanallah. Kata Umm Abdullah, ia merupakan satu nota paling indah dan mencairkan hati yang pernah dibaca sepanjang hidupnya.

Masih ada juga rupanya mereka yang memandang wanita yang berniqab ini daripada sudut yang positif. Semoga terus memberi inspirasi kepada para hijabi di luar sana.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.