Header Ads

Wanita Ditinggalkan Di Lapangan Terbang Selepas Pasport Dibawa Lari Suami Warga Bangladesh



Dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, tidak mustahil bagi dua insan yang berlainan kaum untuk jatuh cinta dan membina rumah tangga.

Nur Sohafa, 45, telah berkahwin dengan Md Lavlu, lelaki yang berasal dari Bangladesh kira-kira 5 tahun yang lalu.

Seperti pasangan suami isteri yang lain, adat ziarah-menziarahi kampung halaman mertua memang menjadi suatu kewajipan. Pada bulan Mei, pasangan tersebut telah melawat kampung halaman suaminya di Faridpur, Bangladesh.

Menurut FMT, mereka telah menginap di kampung halamannya selama sebulan dan merancang untuk pulang kembali ke Malaysia pada 30 Jun yang lalu.

Pada hari mereka sepatutnya pulang ke Malaysia, Sohafa hairan apabila suaminya tiba-tiba hilang di lapangan terbang meskipun semua jadual perjalanan telah dirancang sebulan sebelum tarikh penerbangan.

Panik dan tidak tentu arah, dia kemudian cuba mencari suaminya di sekitar kawasan lapangan terbang memandangkan pasport dan dokumen pentingnya berada di tangan lelaki itu. Disebabkan itu, Sohafa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat dan tidak dapat pulang ke tanah air.

Pihak imigresen di situ menyedari Sohafa sedang berada dalam kesulitan memandangkan dia dengan begitu jelas sekali kelihatan seperti sesat dan tidak tahu mahu ke mana. Mereka kemudian terus memanggilnya untuk disoal siasat.

Menurut pegawai polis Md Abdul Kashem, Sohafa dilihat merayau-rayau dan tidak mempunyai hala tuju di lapangan terbang ketika ditemui.

“Apabila ditanya tentang alamat kampung halaman suaminya itu, dia sama sekali tidak tahu.”

Selepas siasatan lanjut, mereka mendapati suaminya telah melarikan diri bersama-sama dengan pasport serta dokumen penting.Sehingga kini, Sohafa masih terkandas di Bangladesh kerana tidak mempunyai pasport bersamanya. Kesiannya dia.

Pihak berwajib dilaporkan sedang mengendalikan kes ini dan berusaha untuk menghantar Sohafa pulang ke Malaysia. Motif suaminya masih belum diketahui dan polis kini sedang memburu lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Sohafa pula kini berada di bawah penjagaan mahkamah sementara menunggu arahan seterusnya.

Siapa sangka, suami sendiri yang dipercayai selepas 5 tahun berkahwin tergamak buat macam ni. Lepas ni make sure jaga sendiri pasport dan dokumen penting! 



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.