Header Ads

Ya, Saya Mengaku Bersalah & Keluar Dengan Wanita Lain... - Aliff Aziz



Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, mengaku curang dan pernah bertemu dengan wanita lain di belakang isterinya, Bella Astillah, 23.

"Dengan rasa rendah diri saya mengaku bersalah keluar bersama wanita lain (Afifah Nasir) tanpa pengetahuan isteri saya, Bella.

"Apa yang boleh saya katakan pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin.

"Saya juga meminta maaf kepada semua pihak yang terkena tempias dengan kejadian ini dan meminta agar tidak memanjangkan isu ini lagi," katanya pada sidang akhbar khas di Shah Alam hari ini.

Aliff bagaimanapun menafikan dakwaan telah mengasari dengan tindakan memukul dan mencampak telefon kepada isterinya ketika pergelutan di sebuah pusat karaoke di Cheras pada Jumaat lalu.

"Isteri saya telah menarik balik dakwaan yang telah dibuat pada hari Jumaat lalu dan kami telah berdamai," tambahnya.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya di sebuah pusat karaoke.

Ketika ditahan, Aliff didakwa bersama dengan seorang wanita lain yang merupakan pelakon utama drama bersiri yang sedang menjalani penggambaran bersama iaitu Afifah Nasir.

Aliff telah dibebaskan dua hari selepas ditahan di lokap balai polis Dang Wangi dan telah kembali ke set penggambaran semalam.


Sumber: Astro Gempak



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.