Header Ads

'24 Kesan Kecederaan Di Badan Mangsa' - Budak 3 Tahun Mati Didera Ibu Tiri



LIMBANG, SARAWAK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi di rumahnya di Kampung Terimah, Khamis lalu, 27 Julai 2017. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Kampung Terimah, mangsa, Kelvin Weychelly Bangga Justin, 3, ditemui tidak sedarkan oleh ibu tirinya selepas ditinggalkan bermain air di dalam besen. 

Difahamkan, mangsa berseorangan di dalam bilik mandi sementara ibu tirinya berada di dapur untuk memadam api dapur. 

Lapor Utusan Borneo, ibu tiri mangsa mendakwa kanak-kanak itu cedera akibat terjatuh dan terbaring ketika bermain di lantai bilik air.

Melihat keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri, wanita berusia 22 tahun itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut. 

Sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

Bagaimanapun, doktor menemui kesan lebam di dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada bahagian ari-ari, belakang cuping telinga kanan, mulut, hidung serta punggung mangsa. 

Kesan kecederaan pada badan mangsa yang begitu banyak membuatkan ibu bapa mangsa berasa curiga dengan laporan polis yang dibuat oleh ibu tiri mangsa dan meminta siasatan lanjut dijalankan kerana terdapat unsur penderaan pada mangsa. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, keputusan hasil bedah siasat Hospital Miri menyatakan mangsa meninggal dunia berpunca akibat asfiksia (lemas) kerana ditekup sesuatu. 

"Wanita berusia 22 tahun berkenaan direman hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 




Sementara itu, ibu saudara mangsa, Avril Lex Huii, 28, berkata, terdapat 12 kesan kecederaan di kepala, 12 kesan kecederaan di badan dan 2 retakan di tangan mangsa, selain ada luka di badan seperti dicucuh dengan rokok. 

"Pemergian Kelvin membuatkan bapanya sunyi. Tiada kedengaran jeritan dan teriak Kelvin bila bapanya pulang dari kerja. Tiada lagi yang menceriakan bapanya yang kepenatan setelah pulang dari bekerja. Tiada senda gurauan ketawa riangnya lagi. Tiada lagi si anak belari-lari. 

"Selepas ibu bapanya berpisah dan hak penjagaan diperoleh bapanya, ingatkan dua beranak ini sudah bahagia. Tetapi datang pula seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan menyakiti Kelvin. 

"Kasihan si kecil, menghembuskan nafas terakhir bukan di atas pangkuan bapanya. Dia hembuskan nafas terakhir kerana sudah tidak tahan dengan kesakitan yang dia rasa selama ini. 

"Kasihan kau anak, tiada satu pun peluang pun untuk kau melawan sebab kau masih kecil. Kasihan kau didera sampai jadi begini. Bukan main sayang lagi bapa kau pada kau. 


"Kepada si ibu tiri, kau ingat kau dah bunuh Kelvin, kau boleh jadi 'Queen' untuk bapanya? Kau silap, sekarang berdepanlah dengan hukuman tali gantung di penjara. 

"Nak berkahwin dengan duda tetapi tak nak terima anaknya, hanya mahukan harta sahaja. Lebih baik tak payah," luah Avril di Facebooknya semalam. 

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.