Header Ads

"Bukan Takut Bini Sebab Kawin Dua Lah," Kisah Disebalik Gambar Tular Pengantin Bertopeng Bersanding



Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar sepasang pengantin yang memakai topeng semasa bersanding.

Gambar berkenaan menjadi bahan bualan netizen kerana menganggap ianya sebagai lucu selepas mengenakan topeng mesin rumput semasa bersanding di atas pelamin sebagai teknik berkahwin dua atau cara mengelak isteri tahu suami kahwin seorang lagi.

Sebenar gambar berkenaan bukanlah sebuah majlis perkahwinan seperti yang ramai sangkakan, rupa-rupanya ia hanyalah sebuah majlis pergambaran mempromosi baju pengantin sebuah butik, lapor Harian Metro.

Menurut pemilik butik, gambar itu telah diambil di Seremban di dua lokasi berbeza pada 20 hingga 25 Julai lalu .

"Dakwaan orang ramai mengatakan gambar itu diambil ketika majlis perkahwinan adalah tidak benar kerana ia adalah projek antara kami."

"Pihak kami bertanggungjawab menyediakan pakaian pengantin manakala saya pula menguruskan model untuk penggambaran itu," katanya.


Menjawab tentang kecaman segelintir pengguna yang mendakwa gambar tersebut menghina adat perkahwinan Melayu, beliau menyatakan orang ramai tidak seharusnya melatah sebaliknya perlu berfikir daripada sudut positif.

"Menurut jurugambar itu, apa yang ingin ditonjolkan adalah keindahan adat perkahwinan Melayu dan kecantikan pakaian tradisional.

"Oleh itu wajah model ditutup menggunakan sarung bagi menonjolkan adat itu sendiri selain menyuntik elemen kesenian. Malah jika dilihat hasil gambar di akaun Instagram jurugambar terbabit, kebanyakan gambar banyak menggunakan konsep sama," katanya.

Beliau tidak menyangka gambar berkenaan telah menjadi tular, namun beliau tidak melatah, sebaliknya menerima ia sebagai satu perkara positif.

"Saya harap dengan penjelasan ini dapat menolak dakwaan orang ramai yang mengatakan kami menghina adat perkahwinan Melayu," katanya.


Sumber: Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.