Header Ads

Cantik Mawar Rashid Berhijab, Hadiri Kursus Kahwin



Baru-baru ini dilihat pelakon manis, Mawar Rashid mengenakan tudung menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Malah Mawar turut memuat naik gambar bersama Raf, tunangnya yang segera mendapat reaksi daripada pengikutnya.

Tanpa solekan sarat, terpancar kejelitaan semula jadi Mawar.


Bekas peserta Dewi Remaja itu mendapat reaksi positif yang rata-rata memuji penampilannya berhijab.

Dikhabarkan, gambar yang dimuat naik itu adalah ketika dia menghadiri kursus perkahwinan bersama Raf yang diadakan di kediaman keluarganya baru-baru ini.

Namun, walaupun pengikutnya menyedari Mawar sebenarnya masih belum bertudung, mereka mendoakan agar hati Mawar terbuka untuk berhijab suatu hari nanti.

“Cantik Mawar bertudung dan semoga dibukakan pintu hati untuk terus berhijab kerana anda nampak sangat manis,” antara komen ditinggalkan oleh pengikutnya.


Mawar melangsungkan pertunangan dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 7 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di ibu negara.

Pasangan itu dijangka melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun ini namun masih belum memutuskan tarikh sebenar hari bahagia mereka.

Percintaan mereka mula berputik apabila diperkenalkan oleh Emma Maembong sekitar Januari lalu ketika mereka sama-sama menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran.

Sumber: MEDIA HIBURAN



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.