Header Ads

Chef Wan Harap Serina Cekal Selepas Bercerai




Chef selebriti, Chef Wan meluahkan rasa syukur apabila anaknya Serina Redzuawan akhirnya dapat menuntut cerai daripada bekas suaminya Salahuddin Ghaffar.

Memetik laporan Berita Harian, Chef Wan berkata dia turut berharap anaknya itu cekal meneruskan kehidupan selepas perpisahan dengan lelaki berkenaan. 

"Alhamdulillah, pagi ini Serina dapat tuntut cerai daripada Gavin di mahkamah. Mahkamah memutuskan soal nafkah yang dituntut berpihak kepadanya.

"Seterusnya nanti adalah soal penjagaan anak dan segala tuntutan nafkah serta mata pencarian pula. Saya harap dan mahu pastikan keadilan akan diberikan kepada anak saya," katanya. 

Dalam pada itu, Chef Wan berpesan agar golongan wanita dan isteri diberikan layanan baik sepanjang masa. 

"Sudah tiba masanya untuk kita anjak ke hadapan dan tutup buku lama dalam hidup ini. Wanita sebagai isteri patut dilayan dengan baik dan dihormati seperti kita melayan ibu sendiri. Lagipun, mereka inilah ibu kepada anak kita," ujarnya lagi. 

Serina dilaporkan bercerai talak satu dengan Salahuddin di Mahkamah Rendah Daerah Petaling, pagi ini. 

Sumber: CARI



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.