Header Ads

Dah Pindah Tapi Tinggalkan Anjing Sampai Berak Merata Dan Jiran-jiran Jadi Mangsa




KLANG, SELANGOR - "Yang haiwan dah tentu tak ada otak. Yang tuannya apa cer?" demikian luahan Leela yang kesal dengan sikap seorang jirannya yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan rasa tidak selesa jiran-jiran yang lain. 

Status yang dimuat naik oleh Leela jam 9.18 malam tadi mengatakan, jirannya itu telah berpindah rumah, namun meninggalkan anjing peliharaannya yang membuang najis merata-rata sehingga menimbulkan bau busuk yang kurang menyenangkan jiran-jiran yang lain. 


"Dah pindah, barang-barang belum bawa semua. Tinggalkan anjing dan dikat pada tong gas dalam pagar. Seminggu kemudian baru datang cuci najis dan bau anjing yang hanyir sampai tak boleh buka pintu.

"Kini semakin teruk, anjing sudah terlepas dari tali tetapi tuannya sudah beberapa tidak kelihatan. Bila dah datang, najis-najis anjing dia tak dicuci pula. Kesian sangat tengok. Hulur paip di tepi lubang dinding bagi minum dan bagi makanan kucing untuk anjing itu. 

"Ya Allah, anjing itu lapar sangat sampai makan najisnya sendiri agaknya," katanya. 

Menurut Leela, dia tidak sampai hati melihat keadaan anjing itu lalu membelikan makanan anjing untuk diberikan kepada anjing jirannya itu. 


Difahamkan, Leela juga sudah cuba mengadu perkara itu kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK), namun panggilannya disambung ke sana sini yang akhirnya tiada sebarang tindakan dari pihak MPK. 

"Kalau boleh buka pintu itu, nak saja lepaskan anjing itu. Terseksa dia, sudahlah tuan rumah itu garang. Takut juga nak cakap dengan dia tentang masalah yang kami hadapi. 


"Sesiapa yang terbaca status ini, tolonglah kalau dapat membantu. MPK ke, MBSA ke, Penghilitan ke, apa ke, bantulah. Kalau nak alamat, hubungi saya di Facebook. 

"Kami semua takut nak mengadu sebab takut tuan rumah itu marah-marah. Apa boleh buat?" katanya. 

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.