Header Ads

Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir




Pelakon jelita, Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran kata di ruangan komen laman Instagram miliknya.

Akaun Instagram pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya ini menjadi medan perbalahan netizen yang mendakwa adik Anzalna, aktres Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.

"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana," kata Anzalna kepada Astro Gempak.

Tambah pelakon drama bersiri Dendam Aurora ini, dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah bukan kerana takut.

"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya," kata Anzalna.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut.

Sumber: Astro Gempak



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.