Header Ads

Doktor Dah Terbaring Nak Bersalin, Sanggup Bangun Sambut Baby Pesakit Dulu




Tugas seorang doktor pasti perlu mengutamakan pesakit dan orang lain barulah dirinya. Walaupun seorang doktor wanita ni sudah terbaring untuk menunggu melahirkan anak, dia tetap bangun membantu pesakit wanita disebelahnya untuk melahirkan anak. 

"Saya sentiasa serius dengan kerja saya, saya gemar menjaga ibu yang bersalin dan bayi mereka. Sebagai seorang doktor, saya juga sentiasa memikirkan tentang pesakit saya meskipun pada saat itu saya juga seorang pesakit," ujar Dr.Hess.

Dr. Amanda Hess merupakan seorang doktor sakit puan. Ketika kejadian dia berada di Hospital Frankfort. Pesakit di sebelahnya sedang menjerit kesakit sambil menunggu doktor dalam perjalanan ke hospital setelah lama bercuti. Jadi, tanpa membuang masa Dr Hess terus bersedia dan membantu wanita tersebut. 

"Saya terus memakai sehelai gaun yang lain untuk menutupi belakang tubuh saya dan menyarung kasut but bagi mengelak terkena sebarang cecair. Sebaik sahaja saya memasuki bilik itu, saya kenal dengan pesakit tersebut. Dia merupakan pesakit yang sering saya rawat ketika mengandung," jelasnya.


Sumber: ERA fm



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.