Header Ads

Fattah Amin Antara Pelakon Paling Mahal Di Malaysia



Siapa kata nama Fattah Amin tenggelam dek kerana gosip rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah. Terbaru menerusi video yang dimuat naik pengarah tersohor negara, Micheal Ang, nama Fattah Amin antara pelakon Malaysia kini yang menerima bayaran paling mahal.

“Artis paling mahal? Banyak je artis mahal. Aaron mahal, Fattah mahal, Janna Nick mahal, Erra Fazira mahal. Semua artis-artis A tu mahal lah. kalau tak mahal, taklah A dia orang,” katanya dalam video di Instagram.

Itu antara jawapan Ang ketika ditanya oleh peminat mengenai senarai selebriti yang menerima bayaran paling mahal di sudut pandangan beliau. Selain Fattah, ada lagi beberapa orang selebriti terkenal lain yang turut menjadi pilihan pengarah terbabit seperti Aaron Aziz, Erra Fazira dan Janna Nick.

Nampaknya berhasil segala titik peluh pelakon ini biarpun dihimpit pelbagai kontroversi dan dibenci oleh peminat. Kalau berlakon macam kayu tetapi mendapat bayaran paling mahal dan dapat hidup bersenang-lenang apa salahnya bukan. Semoga karier Fattah akan terus maju.

Tapi diingatkan sekali lagi, ini hanyalah pendapat dari sudut pandangan Micheal Ang. Setakat ini masih tiada kajian yang pasti menunjukkan Fattah merupakan pelakon termahal di Malaysia. Jadi kepada sesiapa yang tidak puas hati, jangan marah ya! 


Sumber: ROTIKAYA



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.