Header Ads

(Gambar) Dia Autisme, Bab Belajar Mungkin Kurang, Tapi Bila Melukis, Sampai Ke Nenek Moyang Ultraman Pun Dia Ingat




Sejak semalam tular beberapa keping gambar lukisan watak adiwira terkenal Ultraman yang dimuatnaik oleh seorang guru ke laman Facebooknya.

Menurut guru berkenaan, Nurul Izani Ainun Ahmad Zani, gambar itu telah dilukis oleh seorang pelajarnya yang menghadapi masalah pembelajaran, tetapi berjaya menzahirkan salasilah semua keturunan ultraman dan Power Rangers dalam bentuk lukisan membuatkan netizen kagum.

"Pelajar saya punya gigih lukis segala mak datuk moyang ultraman," tulisnya bersama gambar yang tular.





Rata-rata netizen memuji lukisan beliau kerana dilihat begitu kemas, cukup teliti siap dengan warna dan nama watak sekali walaupun dia mempunyai masalah ingatan dalam pembelajaran.

Menurut Nurul izani, dia sudah lama dapat mengesan bakat pelajar autistiknya itu tetapi tidak menyangka anak didiknya itu mempunyai koleksi lukisan adiwira yang sangat banyak dan bermacam saiz.

“Dari awal tahun saya perasan dia suka melukis tapi tak sangka pula dia ada banyak koleksi.

“Selalunya saya nampak dia lukis adiwira bersaiz besar saja, tapi bila saya ternampak dia lukis yang kecil-kecil tu dan jumlahnya banyak, saya terus minta untuk ambil gambar dan kongsi di Facebook,” katanya.


Beliau yang merupakan guru subjek Literasi Komputer berkata, pelajar tingkatan empat berkenaan telah mengumpulkan watak-watak adiwira kegemarannya seperti Ultraman dan Power Rangers yang dilukisnya di dalam buku latihan khas.

“Pertama kali saya nampak lukisan kecil-kecil tu tu, saya terus kata ‘wow banyaknya awak lukis’.

“Saya sedar dia minat melukis bila dia selalu jadi pelajar paling awal masuk kelas saya dan keluar paling lambat semata-mata nak guna komputer buat rujukan gambar adiwira sebelum mula melukis,” jelas beliau lagi.

Sumber: mStar Online, FB Nunia Inazi Lurun via Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.