Header Ads

"Isteri Pemalas Dan Tak Pandai Jaga Badan, Punca Aku Rampas Suami Dia"..



Kehidupan berumahtangga amat mencabar. Lebih-lebih lagi dalam zaman yang terdedah kepada pengaruh media sosial yang amat hebat.

Pintu untuk membuat onar sentiasa terbuka luas, baik kepada si suami mahu pun isteri. Pertahanan dan perlindungan terakhir ialah rasa kepercayaan, tanggungjawab, iman dan cinta yang tulus suci sesama pasangan.

Walaupun cuba mempertahankan rumahtangga yang dibina tetapi tidak bermakna tidak ada pihak ketiga yang wujud. Kisah seorang wanita mendedahkan beliau merampas suami orang kerana isteri yang pemalas dan tidak pandai ‘pasang’ badan untuk suami telah dikecam oleh netizen.

Wanita ini telah bercinta dengan suami orang dan sekarang ini si lelaki tersebut telah pun bercerai dengan bekas isterinya pada bulan Disember 2016. Permulaannya dia telah jatuh cinta pada lelaki yang dinamakan A kerana A sering mengacau dan mengusiknya.

Lama kelamaan, dia mula jadi lemah dan jatuh cinta. Wanita ini juga sudah beberapa kali terlanjur dengan A. Selama itu juga bekas isteri A masih bertahan, walaupun mengetahui A ada hubungan dengan wanita lain. Isteri A mempertahankan rumahtangga kerana kasihankan anak-anak yang berumur setahun dan dua tahun.

Wanita ini pernah berjumpa isteri A meminta meninggalkan A. Sebab A pun sudah tidak ada hati dan perasaan pada isterinya. Tetapi si isteri tidak mahu dan terus menunggu suaminya.

“Si A ada beritahu saya yang dia memang sudah tawar hati dengan wife dia sebab mulut wife dia yang suka membebel pada dia. Saya sendiri memang akui perkara ini yang wife dia mulut agak celupar sebab masa mula-mula kantoi berhubungan dengan A, wife dia pun maki-maki saya. Hello? Tidak boleh beri salam dulu kah? Perlukah maki saya terus? Saya pun ada maruah.

“Saya pernah bermalam di rumah A sewaktu wife dia balik ke Kedah, wife dia punyalah pemalas, kain baju sampai bertimbun tidak lipat. Bila saya tanya pada A, memang diakui wife dia seorang yang pemalas. Si A cakap, wife dia selalu beritahu tidak sempat mahu buat kerja rumah sebab anak-anak yang masih kecil. Kalau pada saya, itu semua memang alasan. Takkanlah waktu anak tidur tidak boleh buat kerja rumah? Kecualilah wife dia memang seorang yang pemalas.,” tulisnya.

Sepanjang berhubung dengan A, wanita ini memang diterima baik oleh keluarga A. Seluruh ahli keluarga A memang selesa dengan kehadiran wanita ini.

Walaupun sudah bercerai, wife A masih lagi merayu-rayu dan memujuk A untuk rujuk semula. Wanita ini mengkritik dan merasakan tindakan wife A merayu dan meminta rujuk semula seperti seorang perempuan yang terdesak dan perempuan murahan.

Apapun, netizen telah mengkritik wanita ini yang disifatkan seperti perempuan murahan. Sudahlah beberapa kali terlanjur dengan suami orang, masih langsung tiada perasan malu dan berdosa atas segala dosa yang telah dilakukan dan merasakan dirinya berada di pihak yang benar.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.