Header Ads

Kerana Lagu Despacito, Nama Malaysia Jadi Bahan Ketawa Dalam Rancangan Popular Amerika Syarikat




Tak lama dulu lagu despacito bakal ‘diharamkan’ untuk dimainkan dalam Malaysia oleh kerana dalam liriknya mempunyai maksud-maksud yang tidak elok didengar. Walaupun begitu, lagu nyanyian Justin Bieber itu masih lagi kedengaran di corong radio dan kalau kita pergi tempat makan atau shopping mall, mesti akan ada lagu tu.

Baru-baru ni peguam terkenal James Cordon bergurau dengan penonton dalam rancangannya. Dia berkata bahawa, jika penonton bosan dan tidak mahu dengar lagu despacito, mereka boleh berpindah ke Malaysia.

‘Jika tidak mahu lagi dengar lagu itu, anda boleh pindah ke Malaysia ..’


Peguam, James Corden memang terkenal dengan rancangan karaoke bersama artis-artis terkenal Hollywood dan mempunyai rancangannya sendiri iaitu, ‘The Late Late Show With James Corden’. Jika anda follow rancangan ini James ni memang seorang yang kelakar dan bersahaja.

Video di atas James dengan nada bergurau beri cadangan supaya sesiapa yang rimas dengar lagu despacito, mereka boleh berpindah ke Malaysia. Tapi tak juga, sampai sekarang ni lagu tersebut masih lagi dimainkan dalam radio. Siapa suka lagu despacito ni? Komen sikit.

Sumber: Twitter Typical Malaysian



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.