Header Ads

Mulai Januari 2018, Pemilik Kenderaan Mesti Ikut Standard Baru Untuk 'Tinted' Kereta



Masuk sahaja tahun 2018, kenderaan baru yang berdaftar mesti mematuhi standardterbaru bagi penggelap tingkap kereta berdasarkan piawaian MS2669.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mekanisme ini dapat menyelesaikan masalah penguatkuasaan yang melibatkan penggunaan peranti ujian yang berbeza oleh kedai aksesori kenderaan bermotor dan pihak berkuasa.

Liow juga berkata mekanisme tersebut adalah bagi memastikan penggelap tingkap kereta yang digunakan oleh kedai aksesori kereta mematuhi standard

"Saya percaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lanjut seperti meminda sebarang peraturan atau cara yang berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan penggunaan filem yang mematuhi piawaian MS2669," katanya kepada Bernama.

Menurutnya lagi, langkah ke arah keseragaman garis panduan ini bukan sahaja akan memudahkan kerja pegawai penguatkuasa tetapi juga memberi faedah kepada pengguna.

Standard baru ini akan membolehkan pemilik kedai, pengguna, dan pihak berkuasa menyemak penggelap tingkap yang dipakai melalui label kod QR khas

Kod QR boleh diimbas melalui aplikasi pada telefon mudah alih. Selain spesifikasi penuh penggelap tingkap, kod itu juga akan mengandungi butiran seperti pembuat kenderaan.

The Star Online melaporkan bahawa label kod QR hanya akan datang dengan MS2669 yang disahkan dan ia boleh didapati di cawangan yang berdaftar di bawah Audio Accessories and Air-Condition Traders Association (AAA).

Untuk penggelap tingkap yang sedia ada, Liow berkata selagi tahap transmisi cahaya minimum (VLT) mematuhi peraturan, tiada perubahan diperlukan

Walau bagaimanapun, kereta yang didaftarkan selepas 1 Januari 2018 akan dikehendaki mengikuti piawaian MS2669.

Tahap VLT yang dibenarkan untuk semua kenderaan adalah 70% untuk cermin depan, 50% untuk tingkap depan, dan 30% untuk tingkap belakang dan cermin belakang.

Sumber: SAYS



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.