Header Ads

Nak Anak Pandai Baca Seawal Usia Setahun, Ibu Boleh Praktikkan 7 Perkara Ini Sejak Anak Berumur 5 Bulan



Memperkenalkan flashcard antara pembelajaran awal di peringkat kanak-kanak. Mungkin bagi setengah ibu bapa mainan yang berwarna-warni, berbunyi adalah perkara utama untuk bayi bawah umur setahun untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran.

Tapi sebenarnya jika ibu bapa dah mula mengenalkan flashcard huruf, nombor kepada anak seawal usia anak 5 bulan lagi secara konsisten, hasilnya sangat menakjubkan apabila anak mula menginjak usia setahun.

Konsisten yang bagaimana? Luangkan masa bersama anak selama 10 hingga 15 minit setiap sesi bermain. Jika anda ibu bekerja, anda boleh lakukan ini di waktu malam sementara anak hendak tidur.

Tip yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain, ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan buat ibu yang mengajar sendiri anak mereka di rumah. Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah.

Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran :

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula. (bagi anak yang dah boleh berjalan dan melompat)

3. Beri anak mainan ‘fidget’ untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.

7. Flashcard yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna- warni. Selepas sesi membaca, bagi anak pegang flashcard itu dan biarlah dia nikmati sendiri berada di alam flashcard.

Ibu jangan terlalu memaksa anak untuk duduk diam dan memfokuskan kepada aktiviti pembacaan. Bayi yang masih lagi dalam proses menyesuaikan diri mungkin akan lebih fokus pada sesuatu yang dirasakan menarik. Sebenarnya anak kecil yang selalu mendengar perkataan berulang-ulang akan mudah faham. Lama-kelamaan anak akan faham dan dengan sendirinya berminat dengan apa yang ibu bapa lakukan untuk mereka.

Jangan terkejut jika anak sudah mengenal huruf semenjak usianya 9 bulan. Anak syurga kita semua dilahirkan sebagai genius, mereka mampu membuat perkara lain yang lebih daripada itu.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.