Header Ads

Norman Hakim Kagum Anak Hafaz 28 Juzuk Al-Quran




Cabaran mendidik anak zaman sekarang sangat hebat terutama dengan kewujudan teknologi terkini apabila remaja terlalu asyik dengan gajet sehingga mengabaikan pelajaran.

Itulah pengalaman yang dilalui oleh pelakon Norman Hakim dalam membesarkan lima anaknya, Mohamed Danish Hakim,Marisa Dania Hakim, Maria Danisha Hakim, Muhammad Darwisz Hakim dan Muhammad Dikhriz Hakim.

Norman akui kagum apabila mendapat tahu anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 14, sudah menghafaz 28 juzuk al-Quran.


Ayah mana yang tidak berbangga apabila melihat anak menunjukkan perubahan yang baik terutama dalam bidang agama.

Norman berkata, jika dia belum tentu boleh menghafaz ayat al-Quran sebanyak itu seumur hidupnya.

Norman Hakim juga turut menyampaikan amanah dari anaknya, Mohamed Danish Hakim.

“Kalau dapat dihayati dan diamalkan ayat ni in shaa allah dapat mempersiapkan diri kita sebagai pelindung untuk berhadapan dengan fitnah al-Masih ad-Dajjal serta in shaa allah diberikan pengampunan dosa dari Jumaat ni hingga ke Jumaat lagi satu kalau dibaca,dihayati dan dihafal,” ujarNorman sambil mengajak semua menghayatinya dan menghafalnya secara perlahan-lahan.

“Saya pun berkali-kali jugak dengar dari malam semalam nak hayati semoga dari telinga turun ke hati dan dapat sama-sama hafal in shaa allah.”

Ruangan komen dihujani dengan pujian dari netizen kepada Norman dan Abby Abadi mendidik anak dengan baik.


Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi bakal menyambung pengajiannya ke Turki pada Oktober depan.

Danish merupakan anak hasil perkahwinan Norman bersama Abby terdahulu.

Selain Danish, dia dan Abby juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania, 12, dan Maria Danisha, 10.

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Sumber: MEDIA HIBURAN



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.