Header Ads

PASTI BERJAYA! Lakukan 4 Tip Mudah Berhenti Merokok, Mohon Sebarkan...



Keburukan utama tabiat merokok ialah boleh menjejaskan kesihatan diri. Tabiat merokok mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit kronik. Antara penyakit kronik tersebut ialah barah paru-paru,barah hati,barah mulut dan penyakit jantung.Sesungguhnya,penyakit-penyakit ini boleh membawa kematian.

Selain itu,tabiat merokok juga boleh menjejaskan kesihatan keluarga.Asap rokok yang terdapat di dalam udara rumah akan menyebabkan keluarga terdedah kepada penyakit berbahaya.Hai ini kerana asap rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kima beracun yang amat berbahaya.Apabila terdapat ahli keluarga sakit,pasti ia akan menyusahakan semua orang dalam keluarga.

Tabiat merokok juga menyebabakan berlakunya pembaziran wang.Dalam sehari perokok terpaksa berbelanja puluhan ringgit untuk membeli rokok.Dengan ini perbelanjaan sara hidup perokok akan bertambah dan apa yang pasti tiada maanfaat yang diperolehi daripada tabiat ini.Jika seseorang tidak merokok,pasti mereka boleh mennyimpan wang tersebut untuk masa depan.

Ada di antaranya yang berasa amat sukar untuk meninggalkan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Sedangkan jika difikir-fikirkan kesan ataupun efek merokok terlalu besar dan boleh merosakkan kesihatan tubuh sendiri.

Berikut beberapa tips berhenti merokok yang boleh anda cuba atau syorkan kepada ahli keluarga anda yang merokok.

Biasakan Tangan Anda Bekerja

Ganti kebiasaan anda dengan melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan anda lupa untuk merokok. Cuba biasakan tangan anda melakukan aktiviti-aktiviti seperti menyapu sampah, mencuci pinggan dan sebagainya.Atau anda juga boleh berbasikal dan berenang bagi mengisi waktu terluang yang anda.

Kena Rajin Memberus Gigi

Jadikan aktiviti memberus gigi ini sesuatu yang penting dalam hidup anda. Jangan lupa memberus gigi setelah anda menikmati makanan atau paling kurang berus gigi, dua kaki sehari. Bangun tidur dan sebelum anda tidur, dengan cara ini ia akan mengurangkan anda untuk merokok.

Luangkan Waktu Berbual Dengan Si Dia

Anda beruntung jika si dia sememangnya jenis yang anti rokok. Saat bersamanya, sudah pasti anda akan terlupa untuk merokok. Lakukan sesuatu perkara yang positif yang boleh membuatkan si dia rasa anda menghormati dan menghargainya.

Diet, Bersenam Dan Berehat

Usaha anda untuk berhenti merokok boleh dilakukan dengan cara pola diet, bersenam serta mendapatkan rehat yang mencukupi. Anda boleh juga menikmati kudapan atau gula-gula getah sebagai pengganti rokok. Pilihlah kudapan yang berkalori rendah atau tanpa kalori seperti gula-gula getah bebas gula, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar.

Selain itu, minumlah air putih secukupnya agar kesihatan tubuh terjaga. Jangan lupa bersenam untuk menggantikan kebiasaan merokok anda itu. Secara tak langsung ia akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih sihat dan segar.

Kebiasaan baru ini juga akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih fit dan mulai sekarang cubalah tanam dalam hati bahawa merokok hanya akan merosakan kesihatan serta seluruh kehidupan anda. Lakukanlah demi yang tersayang



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.