Header Ads

Perkahwinan Hafiz Hamidun & Joy Revfa Bermasalah? Doakan Yang Baik-baik Untuk Mereka



PERKAHWINAN penyanyi nasyid Hafiz Hamidun kembali hangat diperkatakan apabila dia dan isterinya Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung.

Menguatkan desas-desus itu apabila tidak ada lagi gambar mereka bersama di laman Instagram masing-masing.

Hafiz juga dilihat tidak pernah hadir bersama Joy dalam sebarang majlis membabitkan mereka.

Hafiz, 33, ketika dihubungi Harian Metro enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta orang luar supaya tidak terlalu cepat membuat sebarang spekulasi.

"Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian," katanya ringkas.

Terdahulu isteri Hafiz dalam satu kenyataan seolah-olah memberi bayangan rumah tangga dibina sedang bermasalah.

Namun, Joy juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Kalau nak nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

"Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya," katanya.

Pada masa sama, Joy juga tidak lagi memuat naik gambar bersama Hafiz selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1 Julai lalu.

Hafiz dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ini adalah perkahwinan kedua Joy. Hasil perkahwinan terdahulu Joy dan pasangannya dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber: Harian Metro



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.