Header Ads

Sedih! Kereta Silap Tekan Pedal Minyak, Bayi 7 Bulan Maut Dirempuh




“Mokdek baru pandai melambaikan tangannya kepada bapanya malam tadi (semalam) dan saya tidak sangka perubahan itu merupakan petanda dia akan pergi.”

Demikian luahan sedih seorang ibu berhubung bayi perempuannya yang berumur tujuh bulan maut dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita berusia 40-an.

Memetik laporan Kosmo, suspek yang memandu kereta jenis Hyundai Matrix itu dipercayai silap menekan pedal minyak sebelum sempat menukar gear automatik kepada undur.

Kemudian merempuh dinding rumah sewa ibu mangsa, Zulfairoh Ismai dan menghempap anaknya Nurul Ain Farisha Md Zainuddin dalam insiden yang berlaku pada jam 8.15 pagi di Jalan Mesra 2, Kampung Pasir Putih dekat Pasir Gudang.

“Keadaan berlaku sekelip mata, saya cuba nak menyambar Mokdek (Nurul Ain Farisha) tapi tidak sempat sebelum seluruh badannya dihempap dinding kecuali kaki,” kata ibu mangsa.

Biarpun mangsa dibawa ke klinik, 200 meter dari rumahnya oleh jiran, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail, namun gagal diselamatkan.

Pemandu kereta itu telah ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor dan kes ini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: CARI



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.