Header Ads

Tak Dan Nak 'Explain'...Dah Kena Belasah..



SEORANG wanita ditangkap dan dibelasah penduduk selepas dilihat mengintip sebuah rumah di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, 3 petang tadi.

Wanita berusia lingkungan 20 tahun itu mulanya dilihat mengintip rumah seorang penduduk. Penduduk yang enggan dikenali berkata, curiga dengan gelagat wanita berkenaan beberapa penduduk bertindak mengepungnya.

Sebaik dicekup kami bertanya tujuan apa dia mengintip rumah orang. Bagaimanapun dia gagal menjawab sebaliknya meronta untuk melepaskan diri, katanya.

Katanya, penduduk terus mendesak wanita berkenaan supaya memberitahu siapa yang menyuruhnya mengintip rumah orang.

Walaupun didesak tetapi wanita berkenaan tidak beritahu tujuannya berbuat demikian. Sebaliknya dia berkata 'sat chek nak ‘explain’," katanya.

Wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Tiga video kejadian berkenaan tular di media sosial petang ini.

Sumber: Harian Metro



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.